The topic of the day: Makanan sedap di Kedai Kopi Janggut

Memang banyak kedai makan atau restoran di Sabah ni yang menghidangkan makanan sedap. Kalau siaurang ada kuasa, semua kedai atau restoran akan siaurang lawat. Kedai makanan sedap yang dipilih pada kali ini adalah Kedai kopi Janggut.

Nah… itu dia papan tanda Kedai Kopi Janggut. Ringkas saja kan.

Lokasi dan Masa operasi?

Kedai Kopi Janggut ini terletak di kawasan Taman Hiltop atau Taman Far East. Kalaupun kamurang tidak pasti mana tempat dia, kamurang boleh rujuk di sini

Masa beroperasi Kedai Kopi Janggut bermula seawal jam 7 pagi hingga jam 3.30 petang dan dibuka setiap hari. Memang sangat ramai orang berkunjung ke kedai kopi ini oleh itu, kamurang kenalah bersabar ya kalau terpaksa berdiri menunggu mana meja yang kosong.

Apa makanan sedap sana?

Kedai Kopi Janggut mengamalkan konsep ‘serve no pork’. Jadi jangaan khuatir dan risau kio. Siaurang tidaklah memilih sangat apa menu yang mahu dicuba, oleh itu, siaurang bertanya pada pekerja wanita mereka mengenai apa makanan sedap yang selalunya orang pesan di sana. Jadi, dia cadangkanlah beberapa menu kepada siaurang untuk dirasa konon. Antaranya adalah seperti ini:

Bihun goreng udang. Punya besar kan tu udang dia. Oh ya, siaurang pesan ini tanpa taugeh. Sebab siaurang enda makan gia tu taugeh. Hehe

Ini sup tom yam isi ikan segar. Kamurang boleh juga minta isi ikan goreng.

Ini makanan yang menjadi ‘signature dish’ sana Kedai Kopi Janggut. Ikan masak taucu.

Nyummmmmm… Poingkaa

Tadaaaa…. Inilah makanan yang siaurang pesan.

Antara minuman yang siaurang cuba. Chinese tea ping, Jus Durian Belanda (warna putih segar) dan Jus Kalamansi (yang warna kekuningan).

Pandangan Keseluruhan:

Siaurang rasa servis atau perkhidmatan Kedai Kopi Janggut masih boleh diperbaiki lagipun siaurang datang berkunjung ke sana lebih kurang lepas makan tengahari, jadi agak ramai pelanggan pada masa itu. Tiada menu yang jelas dengan tanda harga disediakan. Pekerja wanita yang mencadangkan makanan dan minuman di atas hanya menunjukkan gambar-gambar menu melalui tablet. Tempat lada, kicap, cuka serta sudu, garfu dan chopstick ada disediakan dan kenalah layan diri kio. Kebersihan kedai boleh dipertingkatkan lagi.

Mengenai makanan, siaurang rasa sup tom yam di sana tidaklah terlampau sedap namun masih boleh dihabiskan jugalah. Sup tom yam tersebut pada masa itu tidak pekat dan rasa hanyir ikan masih boleh terhidu. Ikan masak taucu yang menjadi ‘signature dish’ Kedai Kopi Janggut boleh dikatakan sedap tapi terpulanglah pada citarasa individu. Itu bihun goreng udang memang sedap namun apa yang agak mengecewakan bagi siaurang adalah rasa udang tersebut yang tidak segar dan sedikit berbau. Manakala bagi minuman pula, siaurang sangat suka itu jus Durian Belanda – highly recommended kadii urang putih. Jus Kalamansi agak manis pada masa itu.

Siaurang bayar semua dalam rm97.00. Kalau kamurang tanya berbaloi kah tidak, siaurang berpendapat ianya masih boleh diperbaiki pada masa hadapan dan semuanya terpulang pada citarasa kamurang kio. Tidak salah pigi cuba. Nasihat siaurang, kamurang kena tahu apa yang kamurang mahu makan dan tanya juga harga untuk seorang atau dalam kumpulan. Bukan apa, kalau bayar mahal-mahal tapi makanan yang kamurang rasa tidaklah sehebat harga tersebut, ini boleh mendatangkan sedikit kekecewaan.

Jadi apa lagi, kamurang pigilah cuba makan sana kio.

For English, you can click here

0 Comments

Leave a Comment

Advertisement

Kedai Kupi

Latest Message: 1 week, 5 days ago
  • Angela : Haiiiiii~ mau tanyaaaaa.Bukit Tompurungon ni tdk berapa jauh ya?Sebab ini Bukit baru lagi kan, tidak sesat jg ba kan haha
  • yeaslmn : jalan2 cni
  • yeaslmn : 馃檪
  • Steward : Hi
  • Steward John : Kak Kiah Cafe and Coffee House...
  • SYILAH : singgah
  • imah : selamat malam om
  • eiyda : jalan-jalan disini 馃槈 http://eiydaasaari.blogspot.com
  • just do it : walking walking brow
  • Anik贸 : Pleasant Thursday I desire an afternoon! Thank you for your visit:)
  • Anik贸 : I wish you a nice evening! Thank you for your visit:)
  • pudi : singgah rabu
  • Fahmi : Jenjalan
  • Anik贸 : I wish you a nice day! Thank you for your visit:)
  • eita : singgah
  • Siaurang : Haha.. Hi Kaella.. Singgah ja ba
  • kaella : singgah sini kioooo
  • Siaurang : hi dayverampas, kotohuadan ah sebab berkunjung sini blog siaurang
  • dayverampas : blogwalking~ 馃檪
  • The Admin : Selamat datang ke Kedai Kupi Siaurang