Bila ada ungkapan orang putih cakap macam Love is universal, ia tidaklah semestinya merujuk kepada individu sahaja, tetapi juga merujuk kepada keadaan atau hidupan sekeliling. Salah satunya, haiwan, tidak kiralah yang ternakan atau terbiar/liar. Menyayangi makhluk Tuhan seperti haiwan ini juga merupakan niat yang terpuji dan wajar diamalkan oleh semua orang. Siaurang rasa, kamurang pun mesti ada haiwan peliharaan kan? Macam anjing, kucing, burung, ikan, kura-kura, ular sawa, iguana dan macam-macam lagi. Selagi ia tidak mendatangkan bahaya kepada pemilik dan orang sekeliling, maka, ia dianggap sebagai haiwan peliharaan yang dijaga dan disayangi. Yalah, siapalah bah juga suka dera haiwan peliharaan kan? Diorang pun ada perasaan bah tu. Yang suka mendera binatang tu, siaurang harap kamurang sedarlah perbuatan kamurang itu adalah salah. Kasihilah sesama kita, kasihilah juga makhluk Tuhan yang lain.

Siaurang ni memang ada haiwan peliharaan. Anjing dan kucing. Setakat ni, semua anjing dan kucing siaurang sihat dan manja. Kuat lagi makan sama suka kena bawa main-main. Bila siaurang balik rumah dari opis diaorang lah yang akan welcome siaurang sana pintu. Kalau siaurang mahu keluar pigi kerja, diaorang tengok siaurang sana pintu sampai siaurang hilang dari pandangan diaorang, kadang pandai merengek minta kena manja dulu before siaurang naik kereta. Siok kan ada pets. Enda kisahlah apa jenis as long as kamurang happy and diaorang pun happy dan sihat.

Dalam entri ini, siaurang mahu berkongsi mengenai satu persatuan bebas (NGO) yang memberi fokus kepada penyelamatan haiwan. Nama persatuan tersebut ialah Persatuan Pencinta dan Penyelamat Haiwan Sabah, atau dalam bahasa urang putih nopo gia Animals Lovers Independent Rescuer atau singakatan ALIR.

Segala butiran lebih lanjut macam ahli-ahli organisasi, misi, sejarah diorang boleh dirujuk di laman facebook dan blog diaorang kio. Ada siaurang kasi sedia link di bawah ni:

Facebook: https://www.facebook.com/ALIRSABAH/

Blogspot: https://alirsabah.blogspot.my/

 

Siaurang rasa, usaha diaorang ni boleh dijadikan contoh kepada masyarakat yang kita seharusnya menyayangi haiwan dan dalam masa yang sama memberikan sokongan kepada organisasi ini dari segi material dan non-material. Material contohnya, kitaorang boleh derma makanan, peralatan ataupun berupa wang tunai kepada ALIR untuk untuk kelangsungan usaha murni menyelamatkan semua haiwan tidak kiralah yang kena kasi tinggal, kena buang, kena dera, sakit, liar, yang berkeliaran dan macam-macam lagi lah. Manakala, dari segi non-material, kitaorang bolehlah memberikan sokongan menerusi perkongsian melalui laman facebook, blog dan other social media platform. Perkongsian melalui media sosial sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada masyarakat kita untuk terus memberikan sokongan terhadap usaha murni ALIR dan organisasi-organisasi yang lain. Tanpa adanya sokongan kitaorang, usaha murni menyelamatkan haiwan-haiwan ini mungkin hanya berlaku pada skala yang kecil dan keterhadan yang ada seperti kekurangan dana boleh menyebabkan kesulitan kepada kelangsungan usaha murni tersebut.

Kita sebagai masyarakat juga seharusnya menyayangi haiwan dan bersedia untuk membantu mana-mana organisasi yang seumpamanya untuk mempertingkatkan lagi usaha-usaha menyelamatkan haiwan yang didera, dibuang/ditinggalkan, sakit, liar dan sebagainya. Janganlah mengambil sikap acuh tak acuh atau berpandangan negatif terhadap usaha-usaha ALIR atau organisasi yang berkaitan. Segala sumbangan kamurang boleh meringankan beban mereka. Dan untuk itu, siaurang sangat berterima kasih kepada kamurang atas keprihatinan kamurang membantu ALIR, khususnya haiwan yang diselamatkan. Jutaan terima kasih juga kepada ALIR atas nilai-nilai murni dan usaha-usaha yang giat dijalankan ke arah mencapai misi organisasi ALIR.

Siaurang sertakan gambar-gambar yang diambil daripada lamaan facebook ALIR.

Ini adalah logo A.L.I.R. Photo: Credit to ALIR

 

Ditto. Photo: Credit to ALIR

Siaurang menyeru kamurang untuk sama-sama tolong ALIR dalam usaha menyelamatkan kesemua haiwan. Please help! Your kindness is much appreciated. Photo: Credit to ALIR

Antara haiwan yang diselamatkan. Comel bah ni anjing semua ni. Photo: Credit to ALIR

Ditto. Photo: Credit to ALIR

This made me sad. However, knowing that they are in great care by ALIR, it warms my heart. Ini adalah antara kucing-kucing yang diselamatkan. Photo: Credit to ALIR

Siaurang harap ini kucing yang comel hidup dengan sihat. Photo: Credit to ALIR

Ini siaurang punya pet. Nama dia Foxy, baru berumur 2 tahun. Female kenen. Terrier mixed. Lots of mix gia ni. Kuat makan. Berat dia pun mahu 10kg. Dan extremely shy ni dia. Orang tertentu seja boleh pegang dia ni. Kalau strangers, sonoooooo dia pisuk-pisuk mencubuk.

Chakkkkkk… Ini nama dia Scotty. Toy Poodle kenen. Umur dia mahu masuk 8 tahun sudah. Memang siaurang akui, ini baka anjing paling senang mahu train. Kuat memory dia.

Ladies and gentlemen, inilah Chica. Kucing gemuk siaurang yang mahu 10 tahun sudah umur. Basar badan tapi kiciii suara dia ni.

Eh.. melebih-lebih pula si Bingo. Ini pun kucing kuat makan ni. Kucing kampung seja bah ni. Tapi ini basar badan, basar juga suara sama panjahat sikit kalau kana kacau perut dia yang montel. And oh ya, inilah satu-satunya kucing siaurang yang paling suka mandi. Mahu kena kasi sedia besen tempat mandi dia, sama mahu air yang suam konon. Kalau kau angkat dia then dia mengiau kuat, maksudnya dia belum puas mintolop laitu. Kasi biar seja dia bermandi manda. Pandai juga tu dia keluar sendiri dari tu besen.

Siaurang harap kamurang peliharalah pet kamu dengan sewajarnya. Give them your attention and love them sincerely. Ewahhhh…sakap urang putih kakagia. Jangan dera diaorang kio. Kalau kamu nampak ada haiwan lain di luar sana yang kelihatan sakit atau terbiar, dan kamu rasa kamu mahu tolong diaorang, kamu teruskan seja niat kamu kio. Sekiranya kamu ada alahan atau alergi, tidak apa, kamu call seja organisasi-organisasi macam ALIR untuk datang kasi selamat. Dan, please do help ALIR dan persatuan yang seumpamanya. RM10 kamu tu cukup bermakna untuk diaorang, khususnya untuk si comel-comel sekalian. Siaurang berterima kasih atas jasa baik kamurang kio. God bless!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Related Article

0 Comments

Leave a Comment

Advertisement

Kedai Kupi

Latest Message: 1 week, 5 days ago
  • Siaurang : Hi guysssss
  • Siaurang : Hi Angela, Bukit Tompurungan tidka berapa jauh if kamu dari Pekan Telipok. Sekiranya kamu dari KK, memang jauh lah. Nda juga sesat ni. Kamu boleh contact orang di sana juga
  • Angela : Haiiiiii~ mau tanyaaaaa.Bukit Tompurungon ni tdk berapa jauh ya?Sebab ini Bukit baru lagi kan, tidak sesat jg ba kan haha
  • yeaslmn : jalan2 cni
  • yeaslmn : 🙂
  • Steward : Hi
  • Steward John : Kak Kiah Cafe and Coffee House...
  • SYILAH : singgah
  • imah : selamat malam om
  • eiyda : jalan-jalan disini 😉 http://eiydaasaari.blogspot.com
  • just do it : walking walking brow
  • Anikó : Pleasant Thursday I desire an afternoon! Thank you for your visit:)
  • Anikó : I wish you a nice evening! Thank you for your visit:)
  • pudi : singgah rabu
  • Fahmi : Jenjalan
  • Anikó : I wish you a nice day! Thank you for your visit:)
  • eita : singgah
  • Siaurang : Haha.. Hi Kaella.. Singgah ja ba
  • kaella : singgah sini kioooo
  • Siaurang : hi dayverampas, kotohuadan ah sebab berkunjung sini blog siaurang
  • dayverampas : blogwalking~ 🙂
  • The Admin : Selamat datang ke Kedai Kupi Siaurang