Sunday, August 19, 2018

Ba, ni ada satu apps khas untuk pendengar tegar radio Sabah. Biar di mana kamu berada, di Australia, London, German, asal ada internet, kamu boleh dingar tu siaran FM Radio dari Sabah. Na, boleh sudah kasi ubat itu rindu-rindu sama Sabah kan, mustahil kamu boleh kasi lupa asal kamu.

Pasal ni aplikasi Radio FM Sabah kan, idea tercetus bila siaurang pigi jalan-jalan sonooo tampat yang siaran Radio Sabah pun susah mau dapat. Kalau mau pigi website satu-satu stesen radio, tukoi punya banyak tu, jadi bagus kasi kumpul semua stesen radio dalam satu aplikasi. Senang juga, asal tu tempat ada internet, boleh dengar sudah radio-radio favret tempatan kan. Antara features yang ada dalam tu aplikasi kan…

  • Sinang mau guna, tidak payah lagi mau masuk banyak-banyak website, tekan-tekan ja terus dapat dengar siaran radio kama. Psst… Tapi kami tidak gia kasi pancar tu siaran, direct tu siaran dari tu stesen radio. Kalau tu radio online dorang ada masalah, radio dalam aplikasi tu pun ada masalah tu.. Harap maklum ah.

  • Tidak terlampau banyak butang hanya untuk kasi main tu radio, tidak payah kasi pening-pening kepala sudah.

  • Ini aplikasi ada berita terkini atau kejadian berlaku di sekeliling ah, sambil-sambil dengar radio kamu boleh baca online news juga. Senang kan.

  • Ada FREE aplikasi lagi ah kena kasi masuk, kalendar sama notebook. Sudah boleh dengar Radio Sabah FREE, dapat baca berita percuma, boleh set hari penting dalam kalendar dan boleh lagi simpan catatan harian kamu sana notebook. Semua dalam satu aplikasi.

Mesti kamu tertanya-tanya berapa harga ni aplikasi kan? Na, bukan untuk waktu terhad tapi aplikasi ni kena edar untuk semua pengguna Android secara FREE untuk SEUMUR HIDUP. Best kan? Digalakkan untuk cuba tu aplikasi dan kalau kamu tidak berapa puas hati, boleh kasi uninstall ja ah, tiada unsur paksaan kama. Kalau mau download, boleh dapat dari sini:

Download Radio FM Sabah

Bah, mari kita ramai-ramai support ah, kalau boleh support juga radio sabah lain, yang penting kita-kita juga baini.

Tags: , , , ,

Related Article

No Related Article

0 Comments

Leave a Comment

Kedai Kupi

Latest Message: 2 weeks, 4 days ago