Sunday, August 19, 2018

TOPIC OF THE DAY – Mana bah kedai tomyam yang sedap?

Hi kamurang… Siaurang harap聽kamurang聽berada dalam keadaan sihat sejahtera berserta keluarga dan rakan-rakan. Jadi apa cerita kamurang niari? Ada kamurang pigi jalan-jalan cari makan? Siok bah pigi meronda mencari makanan kan. Siaurang ada mahu kongsi pasal satu makanan yang siaurang rasa sedap dan mempunyai signature rasa yang tersendiri. Ever heard about tomyam? Ya, topik siaurang nikali adalah berkenaan dengan tomyam.

Sebenarnya banyak bah restoran atau kafe yang menyediakan tomyam sebagai salah satu menu sajian. Kitaorang sini gia suka makan makanan yang pedas sama sup kan. Especially when you’re hangover, you surely look for the tasty soup as the remedy for your dizzy head.聽 Bah, kalau kamurang belum merasa tomyam yang berada di kawasan Tuaran, bah datanglah ke Kentin Bakut.

Lokasi & Masa Operasi:

Ini Kentin Bakut sebenarnya terletak di kawasan Kampung Bakut, hence the name. Kalau kamurang dari arah Kota Kinabalu, kamu kena pandu menuju ke arah Tuaran – Tamparuli, selepas saja kamu limpas itu kawasan Telipok – bulatan yang ada replika Tajau menuju ke Stesen minyak Petronas, kamurang kena pandu perlahan sebab takut terlimpas tu arah masuk ke Kentin Bakut. Kalau dari Tuaran – Tamparuli pula, pandu seja terus sehingga kamu nampak bulatan Tajau, pusing ke kanan, limpas sikit tu stesen minyak dan pandu perlahan sehinggalah kamu nampak satu signboard Kentin Bakut di sebelah kiri. Dulu-dulu, kawasan ni Kentin Bakut sebenarnya adalah bekas stesen minyak Esso, tapi tiada sudah gia sekarang. Terdapat juga kawasan meletak kenderaan di sini. Memandangkan tiada kedai-kedai lain di sekeliling Kentin Bakut, maka suasana tidaklah hiruk-pikuk atau bising kecuali itu kenderaan yang lalu-lalang di sana jalan raya. Masa operasi dari jam 6.30 pagi sehingga jam 3 petang, Isnin ke Sabtu. Ahad adalah hari cuti. Cuti tu tertakluk juga pada perayaan dan sebagainya.

Menu & Harga:

Banyak yang dihidangkan di sini mengikut menu. Oh ya, sebelum tu, Kentin Bakut mengamalkan perkhidmatan berkonsepkan serve no pork. Ok, ada beberapa menu yang terpamer iaitu sup, goreng, pan mee, pau dan juga minuman. Antara yang paling terkenal sudah pastinya tomyam sup, hamchoi sup, pau dan banyak lagi. Untuk minuman pula, ada kopi lang atau kopi botol yang sudah sinonim dengan orang kita kalau pigi makan di sini. Kelapa dan puding pun ada. Kalau kamurang pigi time pagi sama lunch, selalunya almost full ni sini. Nasib baik siaurang dapat tempat duduk masa lunch time. Siaurang makan itu tomyam sup isi ikan goreng sama minum itu kopi lang. Poingkaa… Agak panas jugalah kalau tengahari kamurang pigi makan sana. Itu sup tomyam memang sedap. Pelbagai rasa ada, pedas, masam, manis dan sedikit rasa lemak, most probably from the susu cair. Well-balanced kalau orang putih bilang lah. Kehoii. Kopi lang dia pun sedap, tidak terlalu pahit atau tidak terlalu manis. Actually, ada juga tomyam udang, isi ikan segar, terpulang pada citarasa kamurang. Harga bagi setiap menu adalah berpatutan, tidak terlalu mahal bah juga makanan sama minuman sini.

Bah, apa tunggu lagi, kamurang pigilah ke Kentin Bakut dan nikmatilah makanan yang ada di sana kio dan tataplah gambar-gambar yang siaurang sempat ambil semasa menikmati makan tengahari di sana.

Pictures for the eyes:

Papan tanda Kentin Bakut ini boleh dilihat dari tepi jalan.

Ini kawasan tempat letak kereta yang berbumbung tapi sangatlah terhad. Whiteboard tu adalah info mengenai masa operasi dan juga cuti.

Kalau kamurang pigi sini, nda payah minta menu, kamurang tengok seja dinding atas, ada kena pamer. Yang ini, menu sup.

Menu goreng dan minuman

Menu Pan Mee dan Pau. Banyak pilihan, pilih seja mana berkenan dihati kio.

Taaadaaaaaaa… Warna tu tomyam sup nampak ‘garang’ dengan kemerahan kan. Tapi rasa dia memang sedap. Siaurang tambah lagi kepedasan dengan cili padi potong. Itu kopi lang bikin kasi hilang pedas. Kombinasi yang cun!

Sedap! Rugi kalau kamurang enda pigi rasa.

Tags: , , , , , , , , ,

Related Article

No Related Article

1 Comment

Steward John 13/07/2018 at 7:02 pm

Wa… Terus titiakan oh

Leave a Comment

Kedai Kupi

Latest Message: 2 weeks, 4 days ago