Sejak kebelakangan ni, ramai orang tua muda orang kita aktif meronda-ronda bukit yang ada di kawasan berhampiran ataupun nun jauh di tempat lain kan. Baguslah bah gia begitu, untuk kesihatan fizikal dan mental juga bah kan. Lagipun, semua bukit mahupun gunung yang ada di sini Sabah ni kebanyakannya menjanjikan suatu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Destinasi hiking pada kali ini ialah Bukit Tompurungon yang terletak di Kampung Tampulan, Telipok. Cumil kan tu nama dia? (please say cumil or i tarik telinga u, kidding bah).

 

Siaurang pigi hiking sana bersama rakan-rakan sekerja dan pengerusi JKK Kampung Tampulan. Diorang sebenarnya baru mahu gotong-royong mahu buat tu jalan turun dari puncak 3 terus ke kawasan starting point. Kira macam kasi lengkap satu pusingan lah konon. Kiranya siaurang ni orang luar yang pertama naik bukit Tompurungon bersama JKK team sana yang kasi abis satu pusingan.

 

ASAL USUL NAMA BUKIT TOMPURUNGON

Menurut seorang penduduk Kampung Tampulan, yang tinggal di kawasan kaki bukit Tompurungon, En. Boimis, nama Tompurungon itu wujud apabila masyarakat pada zaman nenek-moyang dahulu yang meneroka bukit tersebut mendapati ada batu berbentuk tempurung, seakan-akan sama dengan cerita nabi Nuh. Menurutnya lagi, suatu masa dahulu, kawasan di bawah bukit Tompurungon adalah kawasan rata yang setelah ditimpa banjir besar, hanya tinggal bukit Tompurungon saja tidak dibanjiri air. Nama Tompurungon itu kekal sehinggalah hari ini. Sekiranya diterjemahkan dalam bahasa Sabah, Tompurungon yang disebut oleh masyarakat Dusun ini bermaksud bentuk tempurung. Ahhhh, lebih kurang begitulah gia sedikit sebanyak sejarah tu bukit.

 

MACAM MANA MAU PIGI SANA BUKIT TOMPURUNGON?

Untuk mendaki bukit Tompurungon, kamurang kenalah pergi ke pekan Telipok, selepas tu, kamu belok ke kanan, kamu akan limpas tu Klinik Telipok tu, kamu jalan saja straight, nda payah kamu belok-belok sehinggalah kamurang nampak ada satu signboard Gereja Yesus Benar, di sebelahnya ada satu simpang ke kanan, kecil saja gia tu simpang masuk. Then sudah kamu belok kanan, ikut saja tu jalan naik bukit lurus seja ke atas, sampai kamu nampak ada satu signboard Gereja Katolik St Peter, Kg. Tampulan. Ada satu papan tanda Bukit Tompurungon tu, kamu belok ke kanan. Ada parking di kawasan gereja di sebelah kanan tu. Kamu boleh parking sana dan silalah berhubung dengan En. Boimis, sebab rumah dia di sebelah tu gereja ja tu. Bukit Tompurungon ini sebenarnya merupakan jalan Salib bagi masyarakat Kristian Katolik di kampung Tampulan dan berdekatan dengannya. Namun, disebabkan kecuraman bukit itu dan memikirkan mengenai keselamatan penduduk yang mendaki, maka ia telah ditutup dan hanya dibuka kepada pencinta aktiviti hiking. Di bawah ni siaurang sediakan facebook En. Boimis supaya kamurang boleh contact dia terus kio.

 

En. Boimis : https://www.facebook.com/dadi.boimis

 

SUSAH KAH MAU NAIK BUKIT TOMPURUNGON?

Bukit Tompurungon ni endalah bah setinggi bukit-bukit yang berada berdekatan kawasan gunung Kinabalu kio. Ia ada 3 puncak, bermula dengan nama Tompurungon 1, 2 dan 3. Cuma, laluan ke puncak 1 sedikit mencabar sebab sangat kurang kawasan landai untuk berehat. Maksudnya, kamurang kena teruskan pendakian sampai puncak. Puncak Tompurungon 1 agak menarik sebab ada ayunan yang kana buat dan boleh nampak pemandangan di kawasan bawah bukit. Boleh nampak juga kawasan Bandar Siera kama. Siaurang ngam-ngam pigi time pagi, around jam 8am, so boleh nampak pemandangan gunung Kinabalu dan if you’re lucky, kamurang boleh rasa tu embun. Sejuk dan tenang. Di puncak 1, kamurang boleh rehat-rehat, makan-makan, selfie, wefie, berkaraoke bagai sebab dia luas tapi berhati-hati kio. Sebab, curam kama. Siaurang sampai sana pun macam mahu 40minit juga oh, berehat sana puncak 1 dalam 15minit, lepas tu teruskan lagi perjalanan ke puncak 2. Mula-mula siaurang macam give up sudah. Sebab plan asal mahu sampai puncak 1, tapi diaorang bilang alang-alang sampai puncak 3. Jadi siaurang pun mengagahkan diri teruskan perjalanan. Surprisingly, perjalanan ke puncak 2 dan 3 tidaklah jauh atau curam sangat, dan kamurang boleh nampak kehijauan hutan rimba. Since, siaurang berjalan atas puncak bukit, jadi siaurang kena hati-hati supaya enda terjatuh. Sampai puncak 3, ia lebih luas dari puncak 1 dan 2. Di sini, siaurang berehat sambil tunggu penduduk kampung dari sebelah bawah untuk naik ke atas puncak 3. Sebenarnya, siaurang akan bergabung dengan team JKK di puncak 3, tetapi memandangkan team diaorang belum sampai sebab diaorang masih membuka jalan di kawasan kaki bukit puncak 3, maka siaurang pun turun ke bawah untuk meneruskan satu pusingan lengkap. Perjalanan menuruni bukit tersebut sangatlah mencabar sebab ia belum lagi mempunyai laluan yang dibersihkan. Maksudnya, turun sambil manabas tu rumput sama pokok-pokok renek untuk buat jalan. Memang nda terkira berapa kali sudah siaurang tajatuh. Hampir sejam juga siaurang menuruni bukit dari puncak 3. Sampai saja di bawah, ada satu laluan besar dan siaurang berjalan sampailah nampak tu starting point. Dekat starting point ni ada rumah, yang diaorang sebut TSC, atau Tampulan Santai cafe. Siaurang berehat sambil makan dan minum dengan penduduk kampung. Ada karaoke lagi kama. Ada lagi harimau di bawah pukuk. Kehoiii, aramai tii

Atukoi, panjang berjela-jela siaurang taip. Bah, kamurang tataplah gambar-gambar di bawah kio.

Kalau kamurang nampak ni signboard, depan sikit, ada satu simpang kanan tu. Kamu belok masuk kanan kio

Ini signboard kalau kamu mahu ke Bukit Tompurungon

Inilah simpang naik ke atas kawasan gereja menuju ke starting point bukit Tompurungon

Ini kira starting point punya kawasan. Di bawah ni, ada satu kawasan lapang bekas chapel dan sebelah dia ada rumah orang kampung

Laluan ke bukit Tompurungon.

Ditto

Ini belum lagi separuh perjalanan ni. Tapi kamurang boleh nampak tuuuna gunung Kinabalu malu-malu gia

Tuuna puncak bukit Tompurungon 1. Makin mahu 90 darjah oh.

Laluan makin curam. Ada jugalah tangga-tangga taraat.

Kayu Salib yang masih terpacak. Laluan ini dahulunya merupakan laluan Jalan Salib bagi masyarakat Kristian Katolik

Kalau kamurang nampak tu gunung Kinabalu semakin membesar, maksudnya kamu beberapa meter lagi sampai puncak 1. What a majestic view of our pride, Mount Kinabalu

Yes, akhirnya sampai sini. Puncak Tompurungon 1.

Nah, ayunan di pukuk. Diaorang akan buat lagi ni supaya nda berabut. Satu seja gia time siaurang pigi sana

Ini masih kawasan Tompurungon 1. Ada tempat duduk juga kena buat.

The view from Tompurungon 1.

Ditto

Nahh… Siaurang jalan-jalan terus lupa ambil gambar Tompurungan 2. Tidak apa, siaurang akan naik balik ni bukit nanti. Sebab ngam-ngam siaurang punya handphone pun low bat, so, terpaksa save tidak ambil banyak gambar sangat.

Pemandangan sekitar kawasan Tompurungon 3.

Pokok kayu yang telah dipotong kepada beberapa kepingan di Tompurungon 3.

Ini siaurang turun ke bawah sudah dari Tompurungon 3. Kasi lengkap 1 pusingan.

Pokok-pokok sekitar kawasan menuruni bukit dari Tompurungon 3.

Ditto

Ini merupakan salah satu pokok paling tinggi sana

Siaurang pun no clue ni buah apa. Yang siaurang tahu, buah ni nda buli dimakan kama

Bunga hutan… Nasiblah juga siaurang tahu macam mana bentuk bunga Rafflesia gia, kalau enda, mangkali ini bunga siaurang cakap bunga Rafflesia, sebab nopo nga warna mirah gia

Ini gambar kira ditengah-tengah kawasan bukit time kami turun dari puncak Tompurungon 3.

Ini siaurang kanal. Sayur Lemiding kan. Tumbuh subur di kawasan bawah bukit Tompurungon 3

Di bawah kaki bukit, siaurang difahamkan laluan itu juga digunakan untuk Charity Run.

Siou kamurang, sebab gambar-gambar lain terutamanya di kaki bukit time turun ke starting point tiada siaurang ambil sebab bateri handphone hampir kosong聽gia. Bukit Tompurungon yang mempunyai 3 puncak ini wajarlah siaurang cakap sebagai salah satu tempat hiking yang baik untuk kesihatan. Secara kesimpulannya, siaurang memang rasa sangat happy dan puas sebab bukan seja berjaya “menakluk” ketiga-tiga puncak tetapi turut membuat aktiviti amal bersama dengan JKK kampung Tampulan dengan membersih dan membuat laluan sepanjang jalan ka puncak yang selama hampir 5 jam. Pemandangan yang cantik, udara yang segar, bunyi burung-burung berkicauan, kehijauan hutan, warni warni bunga liar, sayuran hutan dan banyak lagi menghiasi pengalaman siaurang. Rugi kalau kamurang tidak pigi cuba sana. Sometimes you need to indulge yourself with the nature and free your mind.

Selepas aktiviti hiking mesti rasa laparkan? bagi mereka yang turun ke Kota Kinabalu selepas hiking dari Bukit Tompurungon, kamu wajib singgah dan try tu Ngiu Chap sana Menggatal

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Related Article

0 Comments

Leave a Comment

Advertisement

Kedai Kupi

Latest Message: 1 week, 4 days ago