Sunday, August 19, 2018

Sejak dua atau tiga bulan ini, panas membara betul siaurang rasa oh. Mahu pigi jogging mau kasi detox badan pun berfikir sepuluh kali. Kalau dalam rumah pun, walaupun sudah pasang aircon, masih juga terasa tu bahang panas. Terus siaurang malas mahu keluar rumah kalau jam 10 pagi sampai 5 petang. Tu bahang panas boleh bikin pening kepala, bikin cepat haus, haus yang mahu minum air biasa ah, bukan yang harimau bawa pukuk kama sama bikin berpeluh badan gia. Tapi enda apa, siaurang ada cara untuk kasi ilang dahaga dan kasi sejuk badan. Sekurang-kurangnya, endalah kita rasa terlampau panas kan. Pernah kamurang dengar air lemon? Lemonade? Jus lemon?

Apa itu air lemon?

Siaurang ni memang suka minum minuman yang bergas sebenarnya, macam Coca-Cola, Mountain Dew dan banyak lagi. Lemon ni siaurang selalu order sana kedai makan macam Lemon Tea ping atau Lemon sui. kadang-kadang, order Cola pun minta lagi hirisan lemon sampai tu waiter pun bekerut kudou.

Eh..panjang betul introduction siaurang bagi. Anyway, air lemon ni sebenarnya campuran buah lemon dengan air la bah kan. Kamurang boleh juga minum begitu saja atau boleh campur dengan buah-buah yang lain. Siaurang lebih suka campur air lemon dengan gula perang atau brown sugar, ataupun madu.

Apa macam mahu buat air lemon?

Senang seja gia mahu buat air lemon. Kalau siaurang nopo gia, ambil satu biji lemon, hiris nipis-nipis ikut suka hati kamurang lah gia kan, lepas tu kasi sejuk dulu tu hirisan lemon. Sementara tunggu tu hirisan lemon sejuk sikit, siaurang masak air panas, kasi sedia satu jug, 3 sudu gula perang sama tengok-tengok jugalah kalau ada buah sana dalam esbok kan. Biasanya siaurang suka makan epal, jadi siaurang akan potong epal dalam bentuk dadu. Kalau ada timun, siaurang akan potong dadu juga. Lepas semua ok, siaurang akan kasi masuk dulu hirisan lemon, buah epal atau timun sama tu gula perang dalam jug. Sudah gaul-gaul sikit, terus masuk air panas sampai setengah jug. Lepas tu, kasi masuk air suam sampai penuh tu jug then siaurang gaul lagi sampai sebati.

 

Tu air akan bertukar kepada warna keperangan, sebab ada itu brown sugar kan. Kalau kamurang campur madu pun, air dia akan bertukar warna juga tu. Lepas tu, siaurang rasa dulu tu air lemon. Kalau telampau asam, bah, tambahlah sikit madu or gula perang lagi kan. Sudah puas hati dengan tu rasa dia, siaurang tunggu sejuk baru simpan dalam esbok. Jangan gia kamurang simpan yang masih panas sana dalam esbok. Muhau kopio ti tanak聽diabilang si nenek kama.

Apalah konon khasiat tu air lemon terutamanya Detox badan?

Banyak jugalah khasiat ni air lemon. Antaranya membantu proses penghadaman dan pencernaan, meningkatkan imun badan, vitamin C yang terdapat pada buah merupakan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan kemungkinan kamurang kena penyakit macam kanser, meningkatkan sistem pertahanan badan terhadap jangkitan penyakit atau serangan strok dan gout.

Selain itu, air lemon juga membantu membersihkan badan daripada toksin. Ia sangatlah berkesan membersihkan toksin yang ada dalam sistem penghadaman, hati dan buah pinggang.

Tambahan lagi, ia mampu memberikan kesegaran kepada badan kamurang dan sangat sesuai diminum tidak kira waktu atau cuaca. Tapi siaurang berpendapat minum air lemon yang dicampur dengan brown sugar dan hirisan buahan yang lain pada waktu panas memang sangat membantu memberikan rasa segar dan menyejukkan badan.

Ada jugalah yang cakap kalau minum air lemon hari-hari boleh kasi kurang lemak. Siaurang rasa itu pandangan masing-masing lah bah kan. Lagipun air lemon ni kan boleh聽detox badan dan memang membantu sistem penghadaman kan, jadi ia boleh menyingkirkan lemak yang berlebihan dari sistem badan. Tapi, kalau kamurang minum seja air lemon hari-hari, enda juga bagus kama. Too much of it may affects your body as well. Jadi nasihat siaurang, minumlah air lemon pada kadar yang sederhana. Dan jangan lupa senaman juga kio.

So, inilah bahan utama, lemon, apple, aiso timun gia

Ini brown sugar atau gula perang.

Kamurang potong seja macam ni tu lemon and apple. Lepas tu kasi sejuk dulu sikijap sana esbok

Sudah sejuk sikit tu hirisan lemon and apple, kamurang letaklah brown sugar. Gaul-gaul dulu. Suka hati kamurang letak berapa sudu brown sugar kio

Lepas tu taruh air panas dulu sampai setengah jug, gaul lagi sikijap. Sejuk sikit sudah tu air, baru taruh lagi air suam. Lepas tu, boleh kamu minum terus or sejukkan dulu

Tags: , , , , , , ,

Related Article

No Related Article

0 Comments

Leave a Comment

Kedai Kupi

Latest Message: 2 weeks, 4 days ago