Siaurang ada berita bagus ni bagi sesiapa yang dapat tiket saman dari JPJ. Kalau kamu mau saman kamu kena kasi kurang dari 30% – 50%, bagus kamu pigi sana Oceanus Waterfront Mall pada 27 Mac 2018 (Selasa) dari 10.00 pagi hinga 6.00 petang. Na, antara acara yang siaurang dengar bersempena dengan hari bertemu pelanggan:

  • PENGURANGAN Kadar Kompaun (Saman Kereta)
  • Pemeriksaan Motorsikal secara PERCUMA (Road Tax tamat melebihi 1 tahun)
  • Perkhidmatan Kaunter 1JPJ (Pembaharuan Lesen Kereta, Roadtax, semakan serta pembayaran saman)
  • Pendaftaran ID Mysikap
  • Khidmat nasihat dari Agensi Kerajaan

Bah, datang la kamu ramai-ramai, jangan lupa bawa air mineral sama payung ah.. manatau barisan panjang hari tu.

Tags: , , ,

Related Article

No Related Article

Advertisement

Kedai Kupi

Latest Message: 1 week, 4 days ago