Sunday, August 19, 2018

Hari ni siaurang titiakan makanan traditional salah satu etnik terbesar di Sabah. Jadi round-round di Area Servay Penampang, siaurang terjumpa satu cafe yang serve makanan traditional Sabah.

Kamu faham la ah kalau istilah makanan traditional suku kaum di Sabah, tidak ketinggalan – Tuhau, Bambangan, Hinava, Ikan Masin, Ikan Basung dan sebagainya.

D’Sulap Cafe Penampang Baru

Kalau siaurang tidak silap, perkataan sulap bermaksud pondok dalam Bahasa Melayu. Dalam ‘pondok’ ni, ada sudut informasi pasal adat dan kebudayaan orang kita, ada meja pool, siap ada TV lagi supaya kamu tidak berapa bosan waktu menjamu selera.

Sudut Informasi

 

Informasi Meja

Meja untuk 4 seater – 6 meja

Meja untuk 6 seater – 4 meja

 

Rekaan dalaman D’Sulap Cafe

Menu

Buat masa ini ada 4 jenis set makanan traditional yang dorang serve

  • Ayam Goreng Nasi Kukus Pandan – RM7.00 (Acar Mentah, Tuhau, Bambangan & Sambal Belacan)
  • Linopot Set – RM15.00 (Tuhau, Bambangan, Hinava, Telur Masin, Sambal Ikan Masin & Ikan Goreng)
  • Talapia Set – RM10.00 (Bambangan, Tuhau, Hinava & Terung Sambal)
  • Nasi Bambu Kukus – RM10.00 (Bambangam, Tuhau, Hinava & Sambal Ikan Masin Lesun)

Yang paling syok sini, kalau kamu order set makanan dorang, termasuk sudah tu minuman sirap limau ais, jadi ndak payah sudah mau order minuman.

Menu Makanan D’Sulap Cafe

 

Linopot Set (Cuba kamu tingu ada tuhau, bambangan, hinava, telur masin, sambal ikan masin & ikan goreng)

 

Nasi Bambu Kukus (Ada bambangan, tuhau, hinava & sambal ikan masin + sayur bawang). Tu nasi kan ada kena kasi campur ayam sama telur. Ndak kamu kobihis?

 

Tu nasi sama ayam kena masak dalam bambu.. tapi memang sedap la

 

Siaurang punya verdict

Na dorang kasi free ni air sirap limau..

 

Sambil-sambil tunggu makanan sampai, boleh juga kamu kasi tunjuk skill main billiard sini

 

Nah, menu yang dorang kasi hidang.. tapi time siaurang sampai kan, tinggal set Nasi Bambu Kukus, Talapia Set sama tu Linopot Set lagi tinggal… Dinasihatkan untuk pigi sana awal atau book

Makanan yang kena serve memang ngam sama perut siaurang – opotoh tomod. Dari segi harga, siaurang rasa memang harga makanan D’Sulap berpatutan & berbaloi. Nasi yang kena hidang bukan nasi putih biasa kama, tapi nasi yang kena masak dengan ubi keladi atau urang putih bilang yam.

Sudut informasi. Sambil menjamu selera boleh belajar-belajar adat sini kan

 

Info lain

Masa beroperasi: Setiap Hari (8.00 pagi – 4.00 petang)
Lokasi: Penampang Baru Penampang, Area Servay Penampang (Sebelah Kedai OSMO)
Telefon:聽011-1604 0234

 

Tags: , , , ,

Related Article

0 Comments

Leave a Comment

Kedai Kupi

Latest Message: 2 weeks, 4 days ago