Sunday, August 19, 2018

Artikel kali ini, siaurang focus dengan Furama Hotel Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang menawarkan harga penginapan yang berpatutan dan tergolong dalam kelompok hotel 5 bintang di kawasan bukit bintang.

Lokasi Hotel Furama Bukit Bintang?

136, Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Nombor Telefon Hotel Furama Bukit Bintang?

Tel: (60) 3 2788 8888

Fax: (60) 3 3788 8889

Email: bukitbintang@furama.com

Website: https://furama.com/bukitbintang 

Apa yang ada di Furama Hotel?

Siaurang pigi attend training sambil bercuti sana Kuala Lumpur hari tu, tapi sebelum tu, siaurang sudah book awal-awal pakej flight and accommodation secara online. Kalau kamu ada baca mengenai Pengalaman Pertama Menaiki Malindo Air, ahhh.. itulah flight dalam pakej ni. Kalau sebelum ini kita bercerita pasal Pengalaman pertama dengan Malindo Air, kali ini kita bercerita pasal Pengalaman Malam Pertama dan seterusnya di Furama Hotel Bukit Bintang.

Kami tiba di perkarangan Hotel Furama kira-kira jam 6 petang setelah penat ‘mengembara’ dari KLIA ke Bukit Bintang melalui LRT (artikel akan datang mengenai cara jimat dan cepat dari KLIA ke KL Sentral) dan Grab. Setibanya siaurang di hotel, siaurang kena tolong oleh bellman hotel Furama, sebab ada dua luggage saiz 21inch siaurang bawa. Bellman hotel Furama memang peramah dan banyak membantu sepanjang kami menginap di hotel.  Masuk seja di dalam lobi hotel, boleh nampak tu kaunter check in dan concierge sebelah kanan dan di bahagian kiri, ada waiting sofa sama lounge. Agak ramai jugalah pengunjung masa tu. Terus siaurang ke kaunter check-in. Sampai sana, siaurang di sambut mesra oleh staff front office. Kira standard lah kan mana-mana hotel mesti mahu greet and welcome guest. Urusan check-in siap kira-kira dalam 10 minit dan selepas di beri kad akses ke bilik, siaurang di escort oleh bellman untuk kena unit kami. Yang enda berapa siok, tiada briefing mengenai swimming pool dan juga penggunaan gym oleh pihak hotel. Terpaksa siaurang tanya lagi. Tetapi, sedikit mengelirukan informasi yang diorang bagi. Menurutnya, swimming pool dibuka sehingga jam 10pm dan gym sampai jam 12midnight. So, siaurang excited lah kenen sebab plan mahu pigi swimming pool later. Bilik siaurang berada di tingkat 15, jadi siaurang pun naik lif, ada empat saja lif diorang. Kira ok lah bah tu kan. Kasi masuk kad akses bilik dulu baru tekan number bilik. Sampai di tingkat 15, siaurang pun jalan lah mencari bilik. Sepanjang perjalanan, siaurang tengok hiasan dalaman serba ringkas, sekali tengok carpet dia, errr… carpet lama mangkali tu. Tiapalah bah, bukan juga mahu demand red carpet kan. hehe

 

Memang menjadi kebiasaan siaurang, asal masuk bilik, mesti ambil gambar di dalam tu bilik dulu sebelum menghempas badan ke katil, hehe, actually untuk kenangan dan rujukan masa akan datang kenen gia. Kawasan dalam bilik kira memuaskan jugalah bagi siaurang. Lampu bilik pun kira memuaskan walaupun terpaksa on and off satu-satu suis so that siaurang dapat tahu mana satu suis untuk setiap lampu. Kawasan dalam tandas pun kira memuaskan. Siaurang rasa, maybe itu carpet di luar bilik sejalah yang enda berapa sedap mata memandang. Bilik siaurang ni menghadap ke belakang Furama hotel. Bolehlah nampak pemandangan luar walaupun ada satu bangunan tinggi yang masih dalam pembinaan. Boleh nampak hotel-hotel lain juga di luar macam hotel Orkid, hotel Sentral Pudu dan bangunan kedai yang lain. So, siaurang rasa the view wasn’t that bad. Siap seja siaurang susun barang, eh lupa pula bagitau, tu bellman hantar bag siaurang dalam 2 minit selepas siaurang sampai dalam bilik. Jadi, siaurang pun terus bergegas ke swimming pool di tingkat 3 konon. Siaurang tanya tu host sana cafe, diabilang swimming pool tutup sudah, sampai jam 8pm saja. Punyalah siaurang bingung sikijap. Then siaurang pigi round lagi area gym, sana ada kena lekat info sampai jam 10pm saja. Terus siaurang naik lif pigi bilik dengan perasaan sedikit kecewa. Nasib baik siaurang enda pakai baju renang masa pigi check tu swimming pool.

 

Siaurang stay sana Furama Hotel selama 4 malam 5 hari actually. Hotel ni sebenarnya kira strategik jugalah kawasan dia, sebab tidak terlalu jauh kalau kamurang mahu jalan kaki pigi Berjaya Times Square atau shopping malls berdekatan macam Plaza Sungei Wang dan banyak lagilah. Kalau malas pun, ada juga kemudahan shuttle bas tapi mahu kena book di concierge lah. Berbalik kepada hotel Furama punya keadaan dan perkhidmatan diorang, so far, first day, kiranya semua ok. Second day, siaurang jalan-jalan di PWTC dan kawasan sekitar, after that, malam sudah then balik pigi bilik, ada terbau asap rokok. Siaurang ni memang smoker tapi siaurang enda lah bah babal mahu merokok dalam bilik hotel. Oh ya, hotel Furama ni strictly practice No Smoking concept, nanti kena denda RM500 for cleaning fee. Kalau mahu merokok, kena turun pigi lobi dan keluar di ruang luar lobi, terus ke kiri dia sebab di hujung jalan ada kawasan khas untuk merokok. So, siaurang rasa pelik lah sekejap sebab macam mana boleh terbau asap rokok yang kuat seolah-olah ada orang smoke di dalam bilik, di area dekat tu mini bar sana. Tapi tidak apa, siaurang ok lagi. Jadi, besok dan selama 3 hari tu siaurang enda panggil staff housekeeping for make up room sebab risau juga kan kalau siaurang yang kena tuduh merokok dalam bilik. Hari yang ke 4, terpaksa sudah siaurang panggil housekeeping untuk make up room, but then time siaurang balik malam sudah di bilik, terhidu lagi bau rokok yang agak kuat, this time di area toilet. Jadi, siaurang pun isi lah tu form review yang hotel Furama kasi sedia atas meja di setiap bilik. And guess what, they called siaurang dan bagitahu tindakan yang diorang sudah ambil. Thanks kio.

Secara keseluruhan, hotel Furama Bukit Bintang boleh dianggap sebagai hotel yang mempunyai kemudahan seperti hotel-hotel 4 star and above punya kriteria. Perkhidmatan pun sebenarnya not bad. Suasana hotel pun siaurang berpendapat just nice, macam orang kita cakap ok lah bah tu kampung-kampung. Siaurang cuma berharap hotel Furama boleh mempertingkatkan lagi disiplin staff housekeeping supaya enda merokok di bilik guest dan lebih teliti dalam memberikan penerangan mengenai sesuatu perkhidmatan contohnya macam tu kes mengenai masa operasi swimming pool dan gym.

Bah, ini lah gambar-gambar di kawasan dalam dan luar bilik Furama hotel.

Lobi Furama hotel

Keadaan bilik

Ditto

Single bed yang memang selesa

Ini peralatan yang disediakan. Ada rak kaca tempaat simpaan barang, hitter, tea, coffee, sugar, creamer, mineral water dua botol yang small, gelas dan sudu, selipar, iron & board, safety box dan almari tempat pakaian atau bag. Yang siaurang suka dengan mini bar dia ni kan, sentiasa on even if siaurang keluar bilik, kan biasa kalau sudah buka tu kad akses bilik di holder dia (as suis karan), semua lampu dan barangan elektrik akan off automatic kan, jadi enda payah risau coklat kamurang cair atau minuman kamurang enda sejuk.

Yang ini gambar kemudahan/fasiliti di dalam kawasan toilet bilik Furama hotel. Disediakan dua berus gigi, dua super mini cute toothpaste, sanitary bag, shower cap, cotton bud dan soap.

Ditto

Ada disediakan body wash, moisturizer dan Shampoo di dalam shower room

Ini siaurang punya favourite part – kawasan coffee table yang santai berlatarbelakangkan pemandangan Bukit Bintang.

Inilah pemandangan Bukit Bintang dari dalam bilik Furama hotel

Inilah itu swimming pool. Smart kan

Siaurang enda sempat ambil gambar kawasan lain macam gym, cafe/restaurant dan satu building Furama hotel. Siou. Kalau kamurang bercadang menginap sini, bolehlah contact diorang kio atau visit website Furama hotel.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Related Article

Kedai Kupi

Latest Message: 2 weeks, 4 days ago