Sunday, August 19, 2018

Na, siaurang ada satu lagi berita bagus khas bagi kamu orang yang kena surat cinta @ saman sebab kesalahan-kesalahan lalulintas. Hari tu di JPJ cawangan Sabah bagi diskaun saman dari 30% sampai 50% melalui program Jom JPJ. Tapi bersempena dengan Sambutan hari JPJ ke-72 peringkat kebangsaan, JPJ bagi potongan saman hingga 70% dan diskaun tersebut merupakan yang paling tinggi sepanjang penubuhan JPJ (Diskaun sebelum ni hanya 50% sahaja).

 

Macam mana mau dapat diskaun saman JPJ sehingga 70%?

Senang ja tu. Kamu orang pigi ja mana-mana kaunter JPJ di seluruh negara tapi saman hanya akan dapat diskaun dari 2 April hingga 2 Mei 2018. Na, senang kan.. ingat ja tu tarikh terus kasi rajin-rajin pigi sana kaunter JPJ.

 

Semua Jenis Saman boleh dapat diskaun?

Ada 5 jenis kesalahan yang tidak berhak untuk dapat diskaun 70%.

 

  • Kesalahan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
  • Kompaun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
  • Kesalahan Berat Dengan Muatan (BDM) atau lebih muatan bagi kenderaan lebih lima tan.
  • Saman mahkamah serta saman.
  • Kompaun membabitkan warga asing.

 

Na, jadi sesiapa yang ada saman tu, bagus kamu pigi sana kaunter JPJ, buat pembayaran di antara 2 April 2018 – 2 Mei 2018.

 

Untuk keterangan lanjut, kamu orang boleh rujuk sini keratan akhbar atau link untuk buka artikel rasmi mengenai Diskaun Saman JPJ Sehingga 70%.

 

 

0 Comments

Leave a Comment

Kedai Kupi

Latest Message: 2 weeks, 4 days ago