TOPIC OF THE DAY: The energy booster beverages in town!

Siapa sangka segelas minuman yang segar dan mempunyai rasa yang berbeza mampu memberikan ketenangan dan keceriaan mood kita. Kalau kamurang rasa stress atau penat, kamurang boleh cuba minuman terbaru yang dihasilkan oleh #AnchorFoodProfessionalsMY dengan tema kempen #MoodMojee

APA BAH MINUMAN TERBARU TU?

Siaurang berpeluang untuk mencuba enam jenis minuman terbaru yang dicipta oleh#AnchorFoodProfessionalsMY dengan berkonsepkan mood boosters sejajar dengan kempen #MoodMojee, ya, diaorang telah berada di Kota Kinabalu dan kesemua minuman ini boleh didapati di beberapa tempat yang menarik.

Tangy Brew – Merupakan minuman yang mempunyai beberapa kombinasi rasa seperti campuran kopi, asam-manis yang segar daripada oren serta keunikan rasa daripada tambahan cream and cheese foam. #AnchorFoodProfessionalsMY telah menggunakan Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan juga Anchor Whipping Cream. Siaurang telah mencuba minuman ini di Lucky Bean, Lintas. Sedap! Menyegarkan! Sambil tu, kamurang bolehlah pesan makanan yang ada di Lucky Bean. Macam-macam ada sana!

Lemon Mint Meringue – Kalau sebut ni minuman pun boleh membuatkan kita tersenyum kan? Ia sebenarnya  Lemon Mint Vanilla ice blended yang ditambah seri dengan meringue yang segar serta hirisan lemon dan oren! Nampak menarik dan memukau. Rasa dia pun sedap! Ia boleh didapati di Delight Go sana Imago Shopping Mall. #AnchorFoodProfessionalsMY menggunakan produk Anchor Whipping Cream sebagai tambahan kepada seri muka minuman ini.

Kayanika Fusion – Yep, you heard it right! Ia merupakan kombinasi minumaan yang agak unik dan ia dicipta berdasarkan kegemaran ramai iaitu tradisional kaya, gula Melaka, pulut dan kacang merah. Bayangkan ia dicampur dan ditambah dengan Anchor Whipping Cream hasil produk #AnchorFoodProfessionalsMY, rasa yang mampu mengembalikan nostalgia indah yakni mengukir senyuman gembira pada wajah! Minuman #moodboosters ini juga boleh didapati di Delight Go dan jangan lupa juga memesan makanan yang terdapat di sana.

Pom & Grey Twist – Minuman yang berperisa cheese tea, iaitu Earl Greay Tea yang dicampurkan dengan sirap Pomegranate dan ditambah dengan krim pada bahagian atas minuman. #AnchorFoodProfessionalsMY menggunakan produk mereka seperti Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan juga Anchor Whipping Cream! Minuman ini merupakan kegemaran siaurang. Sedap dan menyegarkan. Ia boleh di dapati di Chubb’s Grill restoran sana Plaza Shell. Rugi kalau kamurang enda cuba! Makanan di sana pun memang sedap. Oh ya, Chubb’s Grill merupakan restoran non-halal.

Yuzu Chocolate Surprise – Kalau kamurang memang penggemar coklat, jangan lepaskan peluang untuk mencuba minuman istimewa ini. Ia terdiri daripada kombinasi rasa coklat, masam-manis puri Yuzu yang ditambahkan dengan Salt Lemon candy. Whewww, sedap dan mampu mengembalikan keyakinan diri. Uisey.. Produk #AnchorFoodProfessionalsMY yang digunakan adalah seperti Anchor UHT Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream. Minuman ini pun boleh kamu cuba di Chubb’s Grill ya. Come on!

White Chocoffee – Minuman ini terdiri daripada kombinasi white coffee yang dicampurkan dengan coklat dan peanut butter. Agak unik dan tersendiri kan? Rasa dia pun sedap. Bagaimanapun, kepada mereka yang alergi kacang, diharapkan jangan paksa diri ya. Produk #AnchorFoodProfessionalsMY yang digunakan adalah seperti Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream. Minuman segar ini boleh didapati di Chiu’sThe Modern Local
Banyak makanan dan minuman lain juga di sana. Bah, apalagi, jangan lupa cuba semua minuman tersebut kio.

MY VERDICT:

Siaurang sudah rasa semua jenis minuman di atas. Setakat ini, Pom & Grey Twist menjadi kegemaran, begitu juga dengan Tangy Brew. Bagaimanapun, ia terpulang kepada citarasa individu masing-masing. Secara peribadinya, kesemua minuman mempunyai rasa yang agak unik dan mampu mencorakkan mood kita. Semua pun sedap bah juga. Setiap lokasi pun mempunyai pelbagai makanan dan minuman, jadi tidak risau sekiranya kamu mahu mempelbagaikan variasi rasa. Bah, jangan dikasi lama…!

Tags: , , , , , , , ,

Related Article

No Related Article

0 Comments

Leave a Comment

Advertisement

Kedai Kupi

Latest Message: 1 week, 5 days ago
  • Siaurang : Hi guysssss
  • Siaurang : Hi Angela, Bukit Tompurungan tidka berapa jauh if kamu dari Pekan Telipok. Sekiranya kamu dari KK, memang jauh lah. Nda juga sesat ni. Kamu boleh contact orang di sana juga
  • Angela : Haiiiiii~ mau tanyaaaaa.Bukit Tompurungon ni tdk berapa jauh ya?Sebab ini Bukit baru lagi kan, tidak sesat jg ba kan haha
  • yeaslmn : jalan2 cni
  • yeaslmn : 🙂
  • Steward : Hi
  • Steward John : Kak Kiah Cafe and Coffee House...
  • SYILAH : singgah
  • imah : selamat malam om
  • eiyda : jalan-jalan disini 😉 http://eiydaasaari.blogspot.com
  • just do it : walking walking brow
  • Anikó : Pleasant Thursday I desire an afternoon! Thank you for your visit:)
  • Anikó : I wish you a nice evening! Thank you for your visit:)
  • pudi : singgah rabu
  • Fahmi : Jenjalan
  • Anikó : I wish you a nice day! Thank you for your visit:)
  • eita : singgah
  • Siaurang : Haha.. Hi Kaella.. Singgah ja ba
  • kaella : singgah sini kioooo
  • Siaurang : hi dayverampas, kotohuadan ah sebab berkunjung sini blog siaurang
  • dayverampas : blogwalking~ 🙂
  • The Admin : Selamat datang ke Kedai Kupi Siaurang