DESCRIPTION

The topic of the day: Makanan sedap di Kedai Kopi Janggut

Memang banyak kedai makan atau restoran di Sabah ni yang menghidangkan makanan sedap. Kalau siaurang ada kuasa, semua kedai atau restoran akan siaurang lawat. Kedai makanan sedap yang dipilih pada kali ini adalah Kedai kopi Janggut.

Lokasi dan Masa operasi?

Kedai Kopi Janggut ini terletak di kawasan Taman Hiltop atau Taman Far East. Kalaupun kamurang tidak pasti mana tempat dia, kamurang boleh rujuk di sini

Masa beroperasi Kedai Kopi Janggut bermula seawal jam 7 pagi hingga jam 3.30 petang dan dibuka setiap hari. Memang sangat ramai orang berkunjung ke kedai kopi ini oleh itu, kamurang kenalah bersabar ya kalau terpaksa berdiri menunggu mana meja yang kosong.

Apa makanan sedap sana?

Kedai Kopi Janggut mengamalkan konsep ‘serve no pork’. Jadi jangaan khuatir dan risau kio. Siaurang tidaklah memilih sangat apa menu yang mahu dicuba, oleh itu, siaurang bertanya pada pekerja wanita mereka mengenai apa makanan sedap yang selalunya orang pesan di sana. Jadi, dia cadangkanlah beberapa menu kepada siaurang untuk dirasa konon. Antaranya adalah seperti ini:

Pandangan Keseluruhan:

Siaurang rasa servis atau perkhidmatan Kedai Kopi Janggut masih boleh diperbaiki lagipun siaurang datang berkunjung ke sana lebih kurang lepas makan tengahari, jadi agak ramai pelanggan pada masa itu. Tiada menu yang jelas dengan tanda harga disediakan. Pekerja wanita yang mencadangkan makanan dan minuman di atas hanya menunjukkan gambar-gambar menu melalui tablet. Tempat lada, kicap, cuka serta sudu, garfu dan chopstick ada disediakan dan kenalah layan diri kio. Kebersihan kedai boleh dipertingkatkan lagi.

Mengenai makanan, siaurang rasa sup tom yam di sana tidaklah terlampau sedap namun masih boleh dihabiskan jugalah. Sup tom yam tersebut pada masa itu tidak pekat dan rasa hanyir ikan masih boleh terhidu. Ikan masak taucu yang menjadi ‘signature dish’ Kedai Kopi Janggut boleh dikatakan sedap tapi terpulanglah pada citarasa individu. Itu bihun goreng udang memang sedap namun apa yang agak mengecewakan bagi siaurang adalah rasa udang tersebut yang tidak segar dan sedikit berbau. Manakala bagi minuman pula, siaurang sangat suka itu jus Durian Belanda – highly recommended kadii urang putih. Jus Kalamansi agak manis pada masa itu.

 

For English, you can click here

Location

Contact

Reviews

0
0 rating
5 stars
0
4 stars
0
3 stars
0
2 stars
0
1 stars
0

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kedai Kopi Janggut @ Hilltop”

Your Review