DESCRIPTION

TOPIC OF THE DAY – Mana bah kedai tomyam yang sedap?

Hi kamurang… Siaurang harap kamurang berada dalam keadaan sihat sejahtera berserta keluarga dan rakan-rakan. Jadi apa cerita kamurang niari? Ada kamurang pigi jalan-jalan cari makan? Siok bah pigi meronda mencari makanan kan. Siaurang ada mahu kongsi pasal satu makanan yang siaurang rasa sedap dan mempunyai signature rasa yang tersendiri. Ever heard about tomyam? Ya, topik siaurang nikali adalah berkenaan dengan tomyam.

Sebenarnya banyak bah restoran atau kafe yang menyediakan tomyam sebagai salah satu menu sajian. Kitaorang sini gia suka makan makanan yang pedas sama sup kan. Especially when you’re hangover, you surely look for the tasty soup as the remedy for your dizzy head.  Bah, kalau kamurang belum merasa tomyam yang berada di kawasan Tuaran, bah datanglah ke Kentin Bakut.

Lokasi & Masa Operasi:

Ini Kentin Bakut sebenarnya terletak di kawasan Kampung Bakut, hence the name. Kalau kamurang dari arah Kota Kinabalu, kamu kena pandu menuju ke arah Tuaran – Tamparuli, selepas saja kamu limpas itu kawasan Telipok – bulatan yang ada replika Tajau menuju ke Stesen minyak Petronas, kamurang kena pandu perlahan sebab takut terlimpas tu arah masuk ke Kentin Bakut. Kalau dari Tuaran – Tamparuli pula, pandu seja terus sehingga kamu nampak bulatan Tajau, pusing ke kanan, limpas sikit tu stesen minyak dan pandu perlahan sehinggalah kamu nampak satu signboard Kentin Bakut di sebelah kiri. Dulu-dulu, kawasan ni Kentin Bakut sebenarnya adalah bekas stesen minyak Esso, tapi tiada sudah gia sekarang. Terdapat juga kawasan meletak kenderaan di sini. Memandangkan tiada kedai-kedai lain di sekeliling Kentin Bakut, maka suasana tidaklah hiruk-pikuk atau bising kecuali itu kenderaan yang lalu-lalang di sana jalan raya. Masa operasi dari jam 6.30 pagi sehingga jam 3 petang, Isnin ke Sabtu. Ahad adalah hari cuti. Cuti tu tertakluk juga pada perayaan dan sebagainya.

Menu & Harga:

Banyak yang dihidangkan di sini mengikut menu. Oh ya, sebelum tu, Kentin Bakut mengamalkan perkhidmatan berkonsepkan serve no pork. Ok, ada beberapa menu yang terpamer iaitu sup, goreng, pan mee, pau dan juga minuman. Antara yang paling terkenal sudah pastinya tomyam sup, hamchoi sup, pau dan banyak lagi. Untuk minuman pula, ada kopi lang atau kopi botol yang sudah sinonim dengan orang kita kalau pigi makan di sini. Kelapa dan puding pun ada. Kalau kamurang pigi time pagi sama lunch, selalunya almost full ni sini. Nasib baik siaurang dapat tempat duduk masa lunch time. Siaurang makan itu tomyam sup isi ikan goreng sama minum itu kopi lang. Poingkaa… Agak panas jugalah kalau tengahari kamurang pigi makan sana. Itu sup tomyam memang sedap. Pelbagai rasa ada, pedas, masam, manis dan sedikit rasa lemak, most probably from the susu cair. Well-balanced kalau orang putih bilang lah. Kehoii. Kopi lang dia pun sedap, tidak terlalu pahit atau tidak terlalu manis. Actually, ada juga tomyam udang, isi ikan segar, terpulang pada citarasa kamurang. Harga bagi setiap menu adalah berpatutan, tidak terlalu mahal bah juga makanan sama minuman sini.

Bah, apa tunggu lagi, kamurang pigilah ke Kentin Bakut dan nikmatilah makanan yang ada di sana kio

Location

Contact

Reviews

0
0 rating
5 stars
0
4 stars
0
3 stars
0
2 stars
0
1 stars
0

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tom Yam soup @ Kentin Bakut”

Your Review