TOPIC OF THE DAY – Mana mee sup yang sedap ah di Penampang ni?

Sup yang sedap聽merupakan salah satu tarikan pelanggan untuk menjamu selera di sesebuah restoran. Lebih – lebih lagi apabila sup itu mempunyai rasa yang tersendiri. Orang putih bilang the signature taste of the soup. Makanan yang berasaskan sup ini bolehlah dikatakan senang disediakan kerana ia tidak memerlukan kita untuk ‘berperang’ dengan minyak yang panas di atas kuali. Uisey, ada elemen war konon. Tapi terpulanglah bah sama citarasa setiap individu kan.

Bercakap mengenai sup ni, siaurang ada pigi makan sana restoran yang menjadikan sup sebagai intipati kepada keenakan makanannya. Nama tu kedai Mee Sup KB Ah Thong. Eh, bukan di Kota Belud kio. Ini sana Penampang. Dekat sikit kepada mereka yang tinggal berdekatan Penampang kan. Bolehlah datang merasa sup dia yang terkenal ni.

Lokasi:

Lot 41-G, Donggongon Square, Penampang. Bersebelahan seja dengan tu kedai Lynn’s Menu Ngiu Chap & Nasi Kerabu dan kedai Ready To Bake. Dan bercakap mengenai lokasi, tempat meletak kenderaan di sana agak terhad jugalah terutamanya bila kamurang pigi masa sarapan pagi dan juga makan tengahari.

Masa Operasi:

Bermula seawal jam 7 pagi sehingga 3 petang, Isnin hingga hari Ahad, tertakluk juga kepada cuti lah.

Facebook page:

https://www.facebook.com/Mee-Sup-KB-Ah-Thong-745710792127226/

Macam biasalah, siaurang lebih suka tengok keseluruhan aspek bila pigi makan di sesebuah restoran atau kedai makan. Dari keselesaan tu tempat, perkhidmatan pelanggan, kebersihan, harga, kualiti makanan dan minuman, suasana kedai dan banyak lagilah. Kadang siaurang ni main radu saja tu kalau makan. Tidak juga best kalau mahu memilih atau telampau OCD betul kan. Setakat ini, restoran Mee Sup KB Ah Thong berada dalam keadaan bersih walaupun semasa siaurang pigi makan sana, hampir penuh semua meja dengan pelanggan. Kamurang boleh nampak diorang sediakan makanan yang kamurang pesan di depan mata. Tapi janganlah bah kamurang pigi masuk kawasan penyediaan makanan diorang kio. Mee Sup KB Ah Thong ni mengamalkan konsep serve no pork.

Menu & Harga:

Bah, menu yang terdapat di Mee Sup KB Ah Thong ni ringkas dan senang difahami. Hampir semua pun berasaskan sup, maksud siaurang sup merupakan bahan paling utama. Wangi oh sup dia. Ada juga gia kon lau mee, nasi ayam sama taufu. Hehe… Jadi, siaurang merasa konon tu mee sup campur iaitu daging ayam sama kaki ayam. Perghhh, punya sedap, poingkaaa… Kalau kamurang nda makan kaki ayam yang sudah kena masak, tidak apa, ada pilihan lain. Pilih seja ikut kamurang punya suka. Bagi siaurang, sup dia memang ada tu signature taste yang membezakan sup ini dengan sup-sup yang lain. Kaki ayam yang sudah dimasak atau direbus pun mudah dihadam. Isi dia memang sangat lembut dan menjanjikan satu rasa yang sukar untuk digambarkan melalui kata-kata. Cewahhhhh… Mee dia pun tidak mengecewakan dan tidak berketul-ketul. Mee yang kena hidang tu sebenarnya homemade noodle. Pasal harga, siaurang rasa berpatutan jugalah dengan kuantiti yang dihidangkan.

Secara keseluruhannya, perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan pun kira berada pada tahap yang baik. Jadi kamurang jangan segan-silu pigi cuba makanan sana Mee Sup KB Ah Thong kio.

Pictures for the eyes:

Ini adalah menu makanan yang terpamer di atas dinding kedai Mee Sup KB Ah Thong. Menu yang ringkas dan mudah difahami.

 

Kamurang boleh nampak penyediaan makanan yang kamurang pesan sekiranya kamu duduk bersebelahan dengan kawasan memasak.

 

Inilah dia mee sup campur yang sedap tu. Satu lagi tu Kon Lau Mee ayam. Slurrpppp!

 

Memang sedap mee sup campur di sana. Thumbs up!

 

Tags: , , , , , , , , ,

Related Article

No Related Article

0 Comments

Leave a Comment

Advertisement

Kedai Kupi

Latest Message: 1 week, 4 days ago