Sunday, August 19, 2018

Apa bah ni Ngiu Chap atau Ngau Chap?

Ngiu Chap atau Ngau Chap adalah makanan yang dianggap terkenal dan sangat sinonim dengan keenakan mee sup daging campur di Sabah. Justeru itu, keenakan Ngiu Chap telah membuka peluang perniagaan dan kini banyak restoran yang menghidangkan makanan seumpamanya. Setiap restoran yang menghidangkan Ngiu Chap mempunyai rasa yang tersendiri mengikut citarasa penggemar makanan ini. Ia merupakan makanan yang sudah tentunya menjadi bucket list bagi penggemar mee sup. Secara umumnya, Ngiu Chap bermaksud campuran daging lembu atau mixed beef yang terdiri daripada daging serta organ dalaman seperti stew meat, omasum/perut, tendon, liver, intestine, bebola daging dan sebagainya. Selain daripada kesegaran daging dan organ-organ tersebut, sup yang pekat merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam penyediaan Ngiu Chap.

 

Ngiu chap dihidangkan dengan sup yang pekat atau kitaorang sebut sebagai stok sup. Sup inilah yang sebenarnya menjadi salah satu ukuran kesedapan penggemar Ngiu Chap di Sabah. Selain daripada sup yang pekat tersebut, kesegaran daging, lokasi serta perkhidmatan restoran juga diambil kira. Oleh yang demikian, entri pada kali ini menceritakan mengenai salah satu restoran yang menghidangkan Ngiu Chap iaitu restoran Kedai Kopi Nyuk Pau Baru atau Kedai Kopi Nyuk Pau Menggatal Ngau Chap. Fuhh.. panjang nama dia. Restoran ini ada di beberapa kawasan seperti di Kawasan Politeknik Commercial Centre, pekan Menggatal dan juga sana Kolombong, Inanam. Siaurang selalu pergi makan sana Menggatal dan Politeknik sebab kedua-dua restoran adalah diuruskan oleh boss yang sama. Selain menu utama iaitu Ngiu Chap, kedua-dua restoran turut menghidangkan Nasi Ayam. Menu baru di Kopi Nyuk Pau Baru yang berada di Politeknik Commercial Centre adalah Mee Sup Ikan.

Lokasi 1: Terletak di pekan Menggatal

Ngau Chap Menggatal

Kedai Nyuk Pau Baru di pekan Menggatal. Corner shop yang kini boleh memuatkan lebih ramai pelanggan dan sedikit berangin.

Ini keadaan kedai pada waktu pagi

Bos dia sedang buat makanan siaurang

Tauhu sumbat yang sedap

Inilah dia Ngiu Chap yang siaurang minta. Ngiu Chap mee halus meatball dan daging manis. Daging manis ni sebenarnya daging yang dihiris halus tu. Siaurang tidak gemar makan organ dalaman, jadi ini sejalah yang siaurang selalunya pesan di Kedai Nyuk Pau Baru

Lokasi 2:聽Block A-3, Jalan Politeknik, Sepanggar, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Ini Kedai Nyuk Pau Baru di Politeknik Komersil.

Ini kawasan di dalam Kedai Nyuk Pau Baru

Siaurang pesan mee hoon sup daging manis sahaja nikali.聽Keenakan daging manis berserta sup yang sangat sedap menyebabkan Ngiu Chap menjadi salah satu makanan kegemaran orang Sabah. Siaurang minta tambah kuah manis supaya sup dia semakin pekat. Nasib baik free of charge tu kuah manis.

 

Siaurang berpendapat makanan yang dihidangkan di kedua-dua restoran di atas memang sedap. Ia merupakan restoran yang mengamalkan Serve No Pork serta pekerja-pekerjanya juga merupakan orang Muslim. Siaurang sudah juga pernah cuba makanan lain yang dihidaangkan seperti Nasi Ayam sama itu Mee Sup Ikan. Service/perkhidmatan yang diberikan pun memang memuskan. Cuma, kalau waktu peak time macam tengahari, memang ada lambat sedikit tetapi masih terkawal gia. Kalau yang kogutan, memang inilah sup diorang cari ni. Apapun, tidak rugi kamurang pigi cuba makanan di Kedai Nyuk Pau Baru di pekan Menggatal atau sana kawasan Politeknik Komersil. Aramai tii, kehoiii

Tags: , , , , , , ,

Related Article

No Related Article

Kedai Kupi

Latest Message: 2 weeks, 4 days ago