INFO KESIHATAN: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan peningkatan kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau ringkasnya dalam akronim English – HFMD. Penyakit HFMD ini merebak dengan meluasnya di kalangan kanak-kanak mahupun bayi. Kalau kamurang nampak keadaan kanak-kanak yang telah dijangkiti HFMD kan, mesti kamurang rasa simpati dan sebak. Siaurang terpanggil untuk menulis mengenai HFMD dan semoga ia boleh menjadi satu kesedaran bagi kita untuk memastikan anak-anak kita berada dalam keadaan sihat atau persekitaran bebas dengan HFMD.

APAKAH ITU HFMD DAN BAGAIMANA IA MENYERANG DAN MEREBAK?

HFMD ini merupakan virus yang menjangkiti kanak-kanak dibawah umur 10 tahun. Sekiranya dipelusuri melalui kanta perubatan, HFMD ini disebabkan oleh virus Coxsackie A16 dan diikuti oleh Enterovirus 71 (EV71). Untuk pengetahuan bersama,聽 EV71 ini boleh menyebabkan komplikasi iaitu dehidrasi, keradangan otak (encephalitis),聽kegagalan jantung dan sistem pernafasan (cardiorespiratory failure)dan peringkat paling teruk ialah kematian. HFMD merupakan penyakit yang seringkali merebak dikalangan kanak-kanak, kalau dahulu kala, orang tua kita akan cakap HFMD ini merupakan penyakit yang tidak serius, boleh dikawal dan tidak akan membawa maut. Namun, itu hanyalah pandangan orang tua kita pada zaman 10 atau 20 tahun yang lalu. Zaman sekarang ni, tahun 2018, telampau banyak isu kesihatan yang timbul. Jadi, jangan anggap HFMD ni penyakit yang biasa atau normal terhadap kanak-kanak kio. Mesti kena ambil perhatian juga kama.

HFMD ini boleh merebak dengan beberapa cara seperti:

  • Melalui air liur
  • Nasal mucus (phelgm)
  • Sentuhan bengkak berair (blister)
  • Najis dari kanak-kanak yang berpenyakit
APAKAH SIMPTOM HFMD?

Kalau kamurang ada anak yang berumur 10 tahun ke bawah, dan kamu nampak keadaan dia macam ada sesuatu yang tidak kena, sila beri perhatian sepenuhnya kepada perubahan pada badan anak kamurang kio. Manalah tahu dia dijangkiti HFMD kan. Antara tanda-tanda HFMD yang kamurang boleh jadikan panduan untuk monitor dan beri perhatian sepenuhnya terhadap anak anda adalah seperti berikut:

  1. Demam
  2. Ada ulser di tekak dan mulut
  3. Ruam atau bengkak berair (blister) di tapak tangan, kaki, lutut dan kawasan lampin
  4. Kurang atau tiada selera makan
  5. Sakit kepala

Nah kamurang, jangan kama ambil mudah dengan gejala HFMD ni. Walaupun ia sudah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak, namun, kegagalan anda mengenalpasti tanda-tanda HFMD ini boleh mengakibatkan anak-anak anda menderita sengsara. Adalah lebih baik mengambil langkah-langkah pencegahan pada peringkat awal daripada sudah terhantuk baru terngadah.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN HFMD?
  • Silalah ke hospital atau pusat kesihatan dengan segera sekiranya anak anda dijangkiti / mempunyai simptom HFMD
  • Jangan bawa anak-anak anda yang telah dijangkiti HFMD di tempat awam atau sekolah, taska, tadika, pusat asuhan, taman permainan kanak-kanak kerana virus HFMD mudah merebak ke atas kanak-kanak yang lain
  • Menjalankan prosedur saringan sebelum masuk ke kawasan sekolah, pusat asuhan, taska, tadika untuk mengelakkan virus HFMD merebak
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran contohnya membersihkan lantai rumah termasuklah tandas dengan larutan campuran clorox
  • Sentiasa membersihkan peralatan permainan yang digunakan oleh anak-anak anda
  • Galakkan anak-anak anda membasuh tangan dengan betul
  • Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, menukar lampin, selepas merawat bengkak berair dan selepas mencuci najis anak-anak anda
  • Pastikan kamurang buang lampin pakai buang anak-anak anda dengan betul, bukan buang sembarangan

Dalam satu kes terkini yang melibatkan HFMD di Sarawak, terdapat satu kes kanak-kanak meninggal dunia disebabkan jangkitan HFMD. Oleh itu, kamurang janganlah mengambil remeh mengenai HFMD kerana sekiranya ia bergabung dengan penyakit lain, ia mampu membawa kematian.

KESIMPULAN

Kesihatan merupakan salah satu perkara yang paling penting dalam kelangsungan kehidupan kita. Jadi, adalah diingatkan kepada semua, jagalah kesihatan diri termasuklah kesihatan anak-anak anda. Kita mungkin mampu membeli kereta dan rumah, namun kita tidak mampu untuk membeli kesihatan. Oleh yang demikian, sentiasalah peka terhadap isu-isu kesihatan semasa dan jadikanlah iktibar untuk meneruskan kehidupan ke arah yang lebih sihat.

Tags: , , , , , ,

Related Article

0 Comments

Leave a Comment

Advertisement

Kedai Kupi

Latest Message: 1 week, 5 days ago
  • Angela : Haiiiiii~ mau tanyaaaaa.Bukit Tompurungon ni tdk berapa jauh ya?Sebab ini Bukit baru lagi kan, tidak sesat jg ba kan haha
  • yeaslmn : jalan2 cni
  • yeaslmn : 馃檪
  • Steward : Hi
  • Steward John : Kak Kiah Cafe and Coffee House...
  • SYILAH : singgah
  • imah : selamat malam om
  • eiyda : jalan-jalan disini 馃槈 http://eiydaasaari.blogspot.com
  • just do it : walking walking brow
  • Anik贸 : Pleasant Thursday I desire an afternoon! Thank you for your visit:)
  • Anik贸 : I wish you a nice evening! Thank you for your visit:)
  • pudi : singgah rabu
  • Fahmi : Jenjalan
  • Anik贸 : I wish you a nice day! Thank you for your visit:)
  • eita : singgah
  • Siaurang : Haha.. Hi Kaella.. Singgah ja ba
  • kaella : singgah sini kioooo
  • Siaurang : hi dayverampas, kotohuadan ah sebab berkunjung sini blog siaurang
  • dayverampas : blogwalking~ 馃檪
  • The Admin : Selamat datang ke Kedai Kupi Siaurang