LOOK AT YOUR SURROUNDING, ADA PLASTIK KAH?

Say NO to Plastic!

Apa yang terlintas di fikiran kamurang tentang plastik? Mesti kita akan terfikir mengenai material yang diperbuat daripada plastik seperti bag, gelas, pinggan – mangkuk, bekas-bekas makanan, paip, straw dan banyak lagi kan? Ini kerana plastik sudah sinonim dengan kehidupan seharian kita. Pergilah mana-mana tempat, memang kita akan menggunakan atau nampak material daripada plastik biarpun kamurang berada di laut, di gunung, bukit atau atas kapal. Sehubungan dengan itu, siaurang ingin mengupas sedikit mengenai isu plastik dalam kehidupan seharian kita seterusnya menyokong satu alternatif untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam beberapa aktiviti kita.

Are you ready? Wait… calm your mind first and grab a cup of coffee, take a deep breath and make sure you’re not using a plastic straw to enjoy your drink.

APAKAH ITU PLASTIK?

Bercakap mengenai maksud plastik ni, agak panjang juga sebenarnya huraian dia, jadi siaurang kasi pendek saja kio. Plastik bukan yang bermaksud berpura-pura atau pretentious ah. Bukan juga plastic surgery kio. Plastik ini merupakan polimer, bersifat tegar atau separa tegar yang mana setiap polimer terbentuk melalui unit-unit kecil yang disebut monemer. Gabungan monomer-monomer yang berlainan akan menghasilkan polimer yang berbeza karakter, sifat dan ciri. Memang panjang huraian pasal maksud plastik ni, tapi kamurang boleh rujuk di sini kio untuk penjelasan dari sudut Chemistry. Uiseyyy…

KESAN PLASTIK TERHADAP HIDUPAN LAIN DAN ALAM SEKITAR?

Antara kesan plastik terhadap hidupan lain dan alam sekitar adalah seperti berikut:

  •  Secara amnya, menyebabkan pencemaran: pembuangan plastik yang berleluasa dan tidak dikawal menyebabkan sesetengah kawasan tercemar. Oleh kerana sifat plastik yang tidak boleh terbiodegradasi, pembuangan merata-rata menyebabkan kawasan tanah dan juga laut umpamanya pantai, sungai atau kolam tercemar.
  • Melalui pencemaran plastik inilah yang juga memberikan impak kepada hidupan marin. Kalau kamu pencinta hidupan liar, khususnya alam marin, kamurang mesti peka dengan isu pencemaran plastik yang menyebabkan kerosakan kepada terumbu karang, penyu, ikan paus dan hidupan marin yang lain.

  • Kalau sudah laut, pantai, daratan tercemar dengan plastik, sudah tentulah ia memberikan kesan negatif kepada industri pelancongan negara kita, kan? Bayangkanlah bah kalau banyak betul plastik sana kawasan bukit atau gunung, misalnya lah gunung Kinabalu, sudah tentu pelancong akan memberikan reaksi yang kurang selesa dan ini akan menjadi buah mulut mereka. Sekarang ni lagi, orang ramai suka viral keadaan dan kejadian semasa, sudah tentu ia menjejaskan nama industri pelancongan. Kalau tiada pelancong, maka tiadalah pendapatan, tiadalah pekerjaan. Renung-renungkanlah.
  • Pencemaran plastik ini juga akan menjejaskan mikroorganisma tanah (ya, wujud ni di tanah, hehe) disebabkan kandungan toksik yang tinggi dalam tu plastik. Pernah kamu nampak kawasan tanah yang subur dengan tanaman? Bayangkan kalau tu mikroorganisma pupus sebab terlampau banyak plastik kamurang buang sana, kamu rasa hidupkah lagi tu pokok?
  • Ada plastik yang mengandungi tahap kimia yang tinggi dan ini secara tidak langsung memberikan kesan kepada ekosistem kita. Eh… kenapa pula? Sebab, plastik ni tidak akan mereput dalam masa dua atau tiga tahun, tapi berpuluhan tahun lamanya. Jadi, kandungan kimia yang ada pada plastik akan terbebas sama ada menerusi udara, tanah ataupun air. Faham sudah kamurang? Hehe

STRAW PLASTIK?

Antara material yang merupakan salah satu intipati pencemaran plastik ialah penyedut minuman atau straw plastik. Ia merupakan benda yang mesti kita akan cari atau guna kalau berada di restoran atau kafe kan? Kalau yang kreatif, straw plastik ini boleh diguna untuk membuat barangan perhiasan seperti bunga plastik dan banyak lagi.

Ini adalah contoh salah satu seni yang boleh kamurang buat menggunakan plastic straw. Sumber gambar

NO TO PLASTIC!

Sebenarnya, banyak cara untuk mengurangkan penggunaan plastik seperti mengadakan kempen kesedaran amnya kempen kitar semula, memperketatkan peraturan dan undang-undang bagi membanteras pencemaran plastik, kesedaran sivik melalui pendidikan dari sekolah dan rumah serta banyak lagi. Walaubagaimanapun, dalam entri pada kali ini, siaurang lebih menfokuskan kepada penggunaan penyedut minuman daripada alam semulajadi, iaitu pokok bambu.

Maka, kalau kamurang di kafe atau restoran, kamu boleh say no to plastic straw, tapi enda payahlah mahu teriak kuat-kuat ah. Tolak dengan cara baik dan sopan. Selain tu, kamurang kasi didik anak-anak atau keluarga kamu untuk tidak menggunakan plastic straw setiap kali diorang minum di kedai or beli minuman tin. Sebarkan juga pada kawan-kawan, rakan sekerja mahupun di media sosial untuk cuba kurangkan kebergantungan kepada plastic straw. Kalau diorang marah, kasi jelas sama diorang secara baik kio. Cadangkan kepada diorang (or even better get them the bamboo straw) untuk guna straw bambu.

Kesedaran yang semakin meluas mengenai penggunaan plastic straw ini kini menjadi perhatian dunia. Negara-negara besar kini mengharamkan plastic straw antaranya di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Kanada mahupun organisasi/syarikat besar rantaian makanan seperti Starbucks dan McDonald, American Airlines, Royal Caribbean, hotel-hotel terkemuka dunia seperti Marriot dan banyak lagi. Di Malaysia amnya, kempen kesedaran mengenai penggunaan plastic straw ini juga mendapat sokongan dari pelbagai pihak, contohnya di Pulau Pinang. Kalau kita tidak mula dari awal, maka penggunaan plastic straw akan sentiasa meningkat.

Cuba kamurang tengok ni video seekor penyu yaang menderita disebabkan plastic straw melekat pada hidungnya. Kasihan kan.

STRAW BAMBU

Straw bambu ni sebenarnya 100% organik sebab ia diperbuat daripada pokok bambu atau ada juga yang menggelarnya pokok buluh. Tidak ada sebarang kondisioner makanan yang dibenarkan ehhhhh…. enda bah, maksud siaurang, straw bambu ni bebas daripada sebarang bahan kimia atau bahan yang bertoksik. Tiada pewarna yang ditambah, tiada perasa dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Straw bambu ini boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana saja kamurang berada. Yang paling penting, ia boleh diguna-pakai berkali-kali tanpa perlu menukarnya setiap kali kamurang having a coffee in restaurant or elsewhere. Senang dibawa dan mudah disimpan. Tidak berat dan tidak mudah patah. Pernah kamu nampak orang minum air suam guna plastic straw? Sebab plastic straw tidak tahan panas manakala straw bambu sangat tahan panas.

Mesti kamurang akan terfikir, kalau guna bambu, maka pupuslah bambu di dunia, kan? Sebenarnya, pokok bambu ni boleh ditanam dan memang akan tumbuh balik (Sustainable). Oleh itu, ia tidak akan pupus tetapi sebaliknya ia akan memberikan kita bukan saja straw bambu tetapi membekalkan oksigen untuk kita semua kan. Tambahan lagi, straw bambu ni mesra alam. Murah dan low maintenance.

Kalau orang Sabahan ni, dulu-dulu zaman nenek datuk kita guna straw bambu kama gia minum tu tapai kan? Why not we carry on this sustainable bamboo straw instead of the plastic straw? 

Kalau kamurang sangat mementingkan kebersihan, jangan risau, straw bambu ni sangat senang dibersihkan. Rujuk saja video di atas ya.

WHERE TO GET THE BAMBOO STRAW?

Sebarang pertanyaan mengenai straw bambu kamu boleh rujuk website ini:

Website: http://weavinghearts.org/

Alternatively, you can visit Punya Sadap stall at Asquare Container Night Market to get the bamboo straw at MYR3 (subject to any changes) per piece

Bah, jangan lupa kio, ubahlah kelaziman kita dari plastic straw kepada straw bambu! Kalau bukan kita, siapa lagi kan.

PICTURES FOR THE EYES

This is the reuseable bamboo straws yang boleh kamurang dapat melalui http://weavinghearts.org/

Straw bambu yang tahan lama dan mesra alam.

Tadaaaaaaaa…. Eh, abis sudah tu air kupi kena minum. Hehe

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Related Article

No Related Article

0 Comments

Leave a Comment

Advertisement

Kedai Kupi

Latest Message: 1 week, 4 days ago