Sunday, August 19, 2018

TOPIC OF THE DAY: Home-baked desserts and pastries yang sedap

Dengan adanya media sosial seperti Facebook dan Instagram, sedikit sebanyak membantu kita untuk menjalankan perniagaan dari rumah atau online business concept (and Amazon crossed my mind) doiii, tiba-tiba lain yang limpas di kepala. Anyway, antara yang popular ialah menjual kraftangan, kosmetik, fesyen mahupun makanan. Bercakap mengenai makanan, kita mesti pernah dengar home-baked kek dan kuih-muih kan? Ya, dalam entri blog siaurang pada kali ini berkisarkan tentang usaha seorang suri-rumah yang kini bergiat aktif dalam mengusahakan ‘home-baked desserts and pastries’ menerusi ADelisia Kitchen (AK). AK menggunakan facebook serta instagram untuk mempromosikan produk dan sebagai strategi pemasaran yang berkesan.

ADELISIA KITCHEN (AK)

ADelisia Kitchen merupakan nama komersil yang kini boleh dirujuk melalui platform media sosial seperti facebook dan juga instagram. Minat terhadap makanan seperti kuih-muih tradisional dan juga pastri memberikan inspirasi kepada pengusaha ini untuk bergiat aktif memberikan satu significant of the taste yang terbaik kepada peminat desserts and pastries. Siaurang berpeluang untuk mengajukan beberapa soalan kepada pengusaha ADelisia Kitchen dan jawapan yang diberikan mencetuskan satu pandangan yang boleh dijadikan sumber panduan bagi mereka yang mahu mencuba perniagaan home-baker. Uiseyyyy, serius pula.. Jangan bah kamurang serius baca. Hehe.. keep on reading guys.

Konsep ADelisia Kitchen?

Pada mulanya, AK hanya mahu mengamalkan konsep pastri kerana terjebak dengan kelazatan Ragnar Cream Horn, namun setelah mengikuti banyak kursus penyediaan kuih-muih dan pastri, maka AK menggabungkan antara konsep tradisional dan juga pastri.

Pandangan mengenai harga pasaran home-baked kuih-muih dan pastri?

Menurutnya, dari segi harga pasaran terhadap kuih-muih dan pastri yang disediakan, ramai peniaga dari rumah tidak mahu mengambil risiko untuk memberikan harga yang tinggi kepada pelanggan kerana risau ia tidak boleh dijual atau terlalu banyak persaingan, faham-fahamlah kalau online business ni kan. Dan sebab itulah, AK bersedia untuk memberikan sedikit kelainan melalui kualiti, rasa dan presentation. Bagaimanapun, pelanggan kemungkinan tidak tahu bahawa kualiti bahan-bahan yang disediakan itu mampu mempengaruhi keseluruhan aspek dalam penghasilan produk. For instance, we need a good butter to have the premium taste and high quality of glutinous rice to change the ordinary kuih seri muka into an exclusive taste that gives customer a satisfaction. (AK owner)

Harapan pada masa hadapan & nasihat kepada orang ramai?

AK mengharapkan orang ramai tahu untuk membezakan kualiti, rasa dan juga presentation sesebuah kek ataupun kuih-muih. The presentation of the products is important because it will attract people to notice it, the next one, people need to know the taste of those desserts and pastries. Kadang-kadang ni, citarasa setiap individu adalah berbeza kan? Jadi, AK lebih gemar untuk bereksperimen terlebih dahulu sehinggalah AK berpuas hati dengan taste yang akan dipraktikkan kepada penghasilan produknya.

AK juga memberikan sepatah dua mengenai peniaga dari rumah (home-baker) kepada orang ramai untuk memberikan sokongan yang ikhlas. Segala perbuatan seperti membuli home-baker di laman sosial hendaklah dihentikan. Ini kerana walaupun home-baker tidak mempunyai kedai, mereka tetap berusaha dan niat untuk memberikan yang terbaik kepada orang ramai sentiasa dipegang teguh. Tidak ada orang yang sanggup untuk memburukkan imej sendiri dan seterusnya memberikan kesan yang negatif kepada perniagaan yang diusahakan, betul kan?

Siaurang setuju dengan pendapat AK mengenai sesetengah orang yang tidak henti-henti memburukkan produk peniaga dari rumah ini. Bukan apa, kalaupun itu rasa enda sedap ka, atau kurang cantik ka tu rupa, janganlah bah terus kamurang pigi buli diorang di laman sosial. Adalah lebih baiknya jika kamurang berkomunikasi dulu dengan peniaga dari rumah supaya ada penjelasan atau improvement in future. Semua orang tidak lari dari melakukan kesilapan kan? Jadi berilah peluang kepada mereka untuk memperbaiki segala kekurangan gia kan, orang putih bilang room for improvement.

WHAT’S IN ADELISIA KITCHEN?

Wow…. ya, itulah perkataan pertama siaurang bila nampak gambar-gambar home-baked desserts and pastries yang ada di AK. Presentation yang sangat memukau mata dan deria rasa. Nama-nama yang diberikan bagi setiap kuih-muih pun sangat mencuit hati dan kedengaran comel. Sepertimana konsep yang diamalkan oleh AK, ia menyediakan kuih-muih tradisional seperti kuih Penarik Seri Muka, Kosui Gegar Mentua, kuih Bingka Suji, Romantika kelupis (i told you guys, the name though, good job AK), pastri seperti Jarl Borg Sardine Puff, Lagertha Lothbrok Chicken Pie, the enticing Ragnar Cream Horn, the delightful Ragnar Nutella Cream Horn, Nutella Pod, ada juga kek buahan, kek Dundee dan macam-macam lagilah.

AK juga sangat berbesar hati kalau kamurang mahu buat tempahan dengan kuantiti yang besar tapi kenalah pesan sekurang-kurangnya lima hari awal daripada tarikh perayaan atau majlis. Ya, tempahan boleh dibuat untuk meraikan majlis seperti hari jadi, hari Raya, Mother and Father’s day, ulangtahun atau majlis perkahwinan, kenduri keyukuran, majlis aqiqah, sesuai juga sebagai door gift untuk majlis kahwin ataupun tea break for meeting dan banyak lagilah. Biasanya, AK akan menetapkan 70% deposit bagi tempahan yang berkuantiti sangat banyak.

Kalau kamurang berminat, jangan segan-segan order dari AK kio. Link facebook dan instagram siaurang ada sediakan di sini. Kamurang boleh nampak perkembangan status terkini dan harga di dalam kedua-dua media sosial tersebut. Eh…. kenapa juga formal ni ayat. Hehe.. Kalau kamurang berada di kawasan Penampang dan berhampiran, ada juga tu COD. Kalau yang jauh, jangan risau, kamurang boleh hubungi ADelisia Kitchen untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Bah, jadi jangan tunggu lama-lama, kasi jadi saja…

FACEBOOK: https://www.facebook.com/adelisia.kitchen.1
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ADelisia-Kitchen-2104601946478903/
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/adelisiakitchen/

Secara keseluruhanya, kuih-muih dan pastri yang disediakan oleh ADelisia Kitchen ini sebenarnya berada pada tahap yang memuaskan. Dari segi kualiti, rasa dan penyampaian kuih-muih serta pastri oleh ADelisia Kitchen memang konsisten. ADelisia Kitchen juga mementingkan kesihatan, oleh yang demikian, penggunaan gula dalam setiap kuih-muih dan pastri adalah berada pada tahap yang terkawal. Bah kamurang, jom tempah kuih-muih dan pastri di ADelisia Kitchen! Ikuti perkembangan AK di facebook and instagram kio.

Pictures for the eyes:

Most of the pictures here credit to ADelisia Kitchen. Thanks.

Nah guys… all info ada di sini ya. Do contact ADelisia Kitchen to order the mouth-watering desserts and pastries.

Appetizing kuih Nona Manis

The delightful green and white, kuih Penarik Seri Muka

waaaaa… sangat sedap! Siaurang sudah cuba. Tekstur yang lembut dan nasi pulut yang berkualiti ditambah lagi dengan rasa lemak berkrim. Poingkaaa..

Ini adalah kuih Bingka Suji.

Kuih Bingka Suji ni sedap dimakan tanpa mengira waktu sebenarnya.

Kuih Kosui Gegar Mentua dan Penarik Seri Muka yang sedia untuk dihantar. Nampak sangat menyelerakan.

Sedapnya! Kuih Kosui Gegar Mentua.

Taaadaaaa…. Bersedia untuk menemui pembelinya.

Kalau kamurang rasa mahu campur antara kuih Kosui dan Bingka pun boleh.

Inilah yang menjadi pujaan ramai orang. Presenting you the Ragnar Nuttella Cream Horn.

Kalau yang sudah pernah rasa keenakan Ragnar Cream Horn ini pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk membuat tempahan lagi, sebab ini memang SEDAP!

Jarl Borg Sardine Puff

Lagertha Lothbrok Chicken pie

Lagertha Lothbrok Chicken pie fresh from oven.

Ini merupakan makanan yang sangat digemari lebih-lebih lagi semasa perayaan hari Raya atau kenduri kahwin. Sedap kama. Order lah kamu cepat-cepat.

Nahhhhh… Poingkaaaa! Romantika Kelupis by Adelisia Kitchen.

Kek buahan.

Mouth-watering cake!

Dundee cake. yippeyyyyyy…

Another cake from ADelisia Kitchen….

Kek Kebaya Hijau PGM.. Whewww..nama dia pun sudah cukup memukau hati..

Karamel Puding

 

Siaurang ada order Buttercake from Adelisia Kitchen for our birthday celebration. Since kawan yang hari jadi ni rajin ikut marathon and trail, maka, siaurang pesan buttercake yang kurang gula. Sedap ni buttercake dia guys.

Jangan risau pasal packaging. Kalau kamurang ada celebration, kamurang bagitahu seja dengan Adelisia Kitchen. Dia akan pack tempahan kamu mengikut majlis atau perayaan kamurang. Simple and humble kan.

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Related Article

No Related Article

0 Comments

Leave a Comment

Kedai Kupi

Latest Message: 2 weeks, 4 days ago