Kalau kamurang sudah bekerja dan peka terhadap masa kini punya perkembangan mengenai peluang pekerjaan, mesti kamurang rasa sangat bersyukur sebab dibandingkan dengan 20 tahun lalu, peluang untuk mendapatkan pekerjaan boleh dikatakan lebih senang walaupun industri masih terhad. Pada masa lalu, proses temuduga adalah lebih ringkas dan persaingan itu memang ada tetapi tidaklah terlalu sengit sepertimana zaman sekarang. Tambahan pula, banyak perniagaan baru seja kena buka dan diperkenalkan, oleh itu banyaklah peluang pekerjaan ditawarkan kepada golongan muda-mudi. Proses temuduga pada tahun-tahun dahulu contohnya sekitar tahun 1990an ke tahun 2006 adalah lebih simple dan tidak memakan masa yang terlalu panjang. Siaurang bukanlah seorang yang pakar dalam ni hal tetapi menerusi pembacaan dan pengalaman, siaurang boleh kongsikan mengenai tips mengharungi job interview.

Apa yang perlu dilakukan ketika memohon pekerjaan?

Sebelum dipanggil temuduga, kenalah memohon pekerjaan kan? Kamurang boleh rujuk mana-mana portal pekerjaan macam Jobstreet (https://www.jobstreet.com.my), Sabah Job Center, SabahJobs , Linkedin (https://www.linkedin.com) ataupun iklan-iklan pekerjaan di surat khabar. Siaurang berpendapat peluang pekerjaan yang diiklankan di akhbar seperti Daily Express, Sabah Times atau Borneo Post lebih berkesan dan peluang untuk dipanggil temuduga lebih besar. Ini bermaskud, disarankan cari iklan pekerjaan yang diiklankan di akhbar tempatan. Lepas tu, masa kamu apply itu kerja, kamu kena sediakan resume kan? Resume kamurang hendaklah ringkas dan kalau boleh dalam satu page seja. Enda payah mahu berlembar-lembar bagai, takkanlah mahu memperkenalkan diri pun kamurang kasi masuk juga berapa anak kucing kamurang kan. Make it simple but very informative. Perlu diingatkan, resume kamurang itu adalah passport kamurang, jadi ia seharusnya berkisarkan tentang diri kamurang berdasarkan kepada beberapa perkara penting seperti sedikit latar belakang diri termasuklah email dan nombor telefon, pendidikan, pengalaman dan juga kemahiran. Banyak template resume kamurang boleh download sekarang kan. Kalau itu iklan minta passport photo, kamu sediakan sahaja. Selain daripada resume, kamurang juga kena buat cover letter. Tapi ini bergantunglah kepada situasi, jenis pekerjaan atau bakal majikan. Kalau tidak pun, kamurang taip seja di email kamurang. Biasanya cover letter ini hanya sebagai surat permohonan pekerjaan yang hanya kasitau pasal pengalaman, kemahiran, pengetahuan dan minat kamurang mengenai tu pekerjaan ataupun itu syarikat dan disertai dengan nombor telefon kamurang gia. Yang ini pun buat simple seja, enda payahlah mahu cerita berjela-jela dari jaman dulu sampai jaman sekarang gia.

Lepas sudah kamurang hantar tu resume dan cover letter, kamurang bolehlah buat study mengenai itu bakal majikan dan juga itu pekerjaan. Kaji selidik dulu tu pekerjaan sama tu company, jangan main yakin seja. Kalau kamurang banyak mohon, pastikan kamu buat folder di komputer kamurang kio. Contohnya, kamurang ada apply kerja di syarikat A, lepas tu kamurang apply lagi di B, C, D dan seterusnya, makanya, kamurang kenalah buat folder supaya kamurang enda bingung kalau diaorang contact kamurang panggil temuduga kerja. Berbalik pada topik buat research mengenai itu pekerjaan dan bakal majikan, kamurang bolehlah tengok website diaorang kalau adalah, kalau tiada, kamurang kena rajin tanya orang-orang sekeliling ataupun kamurang boleh contact terus itu bakal majikan dan tanyalah serba sedikit, kamurang kena rajin bertanya supaya enda sesat kan. Sekurang-kurangnya kamu ada gambaran awal mengenai itu kerja gia. 

Oh ya, kalau kamurang buat resume dan cover letter kamurang dalam Bahasa English, bersedialah untuk bertutur dalam bahasa English. Sebab, ramai orang zaman sekarang ni boleh menulis dalam bahasa English tetapi tidak semua boleh bertutur dengan baik. Berlaku jujurlah ketika kamu menghantar resume dan cover letter kamurang kio. Kamurang buat seja resume dan cover letter kamurang dalam bahasa yang kamu mudah faham dan bertutur. Tiada hal bah sebenarnya tu kecualilah kamurang mohon kerja yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi misalnya kerjaya kedoktoran, peguam, penterjemah, wartawan, editor, jurubahasa ataupun syarikat bertaraf antarabangsa yang berkomunikasi dalam bahasa English.

Sample resume. Photo credit: google.com

Kamurang juga perlu tetapkan apa matlamat kerjaya kamurang. Misalnya, dalam masa 5 tahun, kamurang mesti mahu jadi eksekutif yang boleh memberikan keselesaan kepada keadaan kewangan dan masa depan. Ataupun, kamurang mahu memperbaiki taraf  kehidupan dengan bekerja sehingga peringkat tertinggi. Apa seja matlamat kerjaya kamurang, ia mestilah reflect dengan diri dan keadaan kamurang kio.

Apa yang perlu dilakukan ketika dipanggil Job Interview?

Sekiranya kamurang kena contact untuk menghadiri temuduga, ada etika juga menjawab pertanyaan semasa dihubungi. Pertama, kamurang greet dulu macam selamat pagi, tengahari atau petang, lepas tu tanyalah siapa di talian, atau dari mana tu panggilan. Kalaulah kamurang time tu driving, bagitahu orang yang call kamurang tu untuk call balik or kamurang yang offer call dioarang. Kalau kamurang time tu di shopping mall, maka pergilah ke tempat yang tenang dan tidak bising.

Kebiasaanya, pihak majikan akan contact kamurang untuk bagitahu yang kamurang tersenarai dalam temuduga dan menjemput kamurang untuk hadir temuduga pada tarikh sekian dan sekian. Resume dan cover letter kamurang tu sebenarnya dioarang sudah ada tu, kamurang cuma perlu bawa salinan sijil-sijil akademik, kokurikulum serta kad pengenalan dan juga photo kamurang. Sekiranya kamu tidak pasti mengenai etika pemakaian, kamurang boleh tanya terus semasa diorang contact kamu. Sebab tidak semua job interview memerlukan kamurang untuk memakai pakaian formal gia. Adalah dinasihatkan, kamurang jangan banyak tanya mengenai itu syarikat terutamanya pasal bos diaorang. Macam yang siaurang cakap di atas, study atau research dulu. Kalau kamu enda pasti pasal alamat tu bakal majikan, kamurang boleh tanya melalui phone call juga.

Selain daripada perkara di atas, ada juga majikan yang akan buat saringan temuduga melalui  panggilan telefon atau dipanggil sebagai phone interview screening. Dalam hal ini, kamurang kenalah bersedia dan rujuklah mana-mana rujukan. Kalau kamuranag berada di tempat yang bising, pigi lah bah sana tempat yang aman, kalaau kamurang berada di pejabat, keluarlah sekejap di luar atau makesure tiada orang dengar kamurang menjawab soalan temuduga di phone. Phone interview screening biasanya akan tanya sedikit mengenai diri kamu dan lebih fokus kepada apa yang kamu tahu atau pengalaman kerja kamurang. Ia adalah lebih spontan dan tidak terlalu formal. Phone interview screening biasanya dalam 5 -10 minit ataupun paling lama 30minit bergantung kepada apa soalan yang diberikan. Jangan risau atau nervous, yang paling penting kamurang mesti tahu sedikit sebanyak mengenai tu kerja.

Setelah kamurang abis bercakap eh..maksud siaurang selesai sudah kena contact, kamurang research balik mengenai tu pekerjaan dan tu bakal majikan. Ini perlu supaya kamu lebih bersedia apabila ditemuduga nanti. Kaji balik mengenai tu pekerjaan, apa yang diperlukan, apa masalah yang kerap berlaku, macam mana mahu kasi selesai, apa inisiatif atau apa cadangan yang kamurang boleh sampaikan nanti. Research juga mengenai tu syarikat, apa misi, visi, apa industri, apa dia punya products atau service, bila ditubuhkan dan banyak lagi. Bila sudah kamurang dapat ini maklumat, cuba berdepan dengan cermin dan berlatih menjawab soalan, tengok kamurang punya reaksi muka macam mana atau berlatih menjawab soalan dengan rakan kamu. Siaurang tahu kamurang mesti tanya “eh, buat apa juga sampai begitu, kalau ada rejeki, adalah bah tu”, kan? Bukan apa, siaurang mahu kamurang lebih bersedia bah. Biarlah itu jawatan kecil, just be prepared. Ada juga kama yang kalau di depan bercakap bukan main lantang, sekali masuk bilik interview, nervous sampai enda tercakap.

Semasa ditemuduga, apa yang harus di lakukan?

Kalau kamurang datang ke tempat temuduga, bertenang, berdoa dan senyumlah sama calon-calon lain ataupun pekerja-pekerja di sana. Jangan kasi nampak kamurang nervous. Dan jangan dulu dengar apa yang tu pekerja sana kasitau terutamanya gossip atau perkara-perkara yang tidak bagus didengar. Fokus dulu dengan diri kamurang kio. Masa kamu kena panggil, kamu ketuklah pintu dulu sebelum masuk kalau ada pintu lah, kalau tiada, kamurang greet dulu dan bersalam dulu, tunggu kena jemput duduk, baru kamurang duduk kio. Etika duduk pun ada, jadi enda bolehlah kamurang duduk berkangkang-kangkang, atau posisi yang macam kamurang buat di rumah atau tempat lepak. Posisi duduk kenalah tegak at least 80 darjah, jangan menyandar macam kamurang pula bos. Tangan letak atas peha kamurang, jangan atas meja kecuali kalau kamurang mahu letak tu sijil-sijil kamu.

Eye contact itu penting. Masa kamu bercakap atau masa tu panel penemuduga menyoal kamu, tengok mata diaorang. Pergerakan atau posisi kepala pun diambil kira. Angguk kepala menandakan kamurang faham dan gesture tangan kamu itu perlu apabila kamu mahu menjelaskan sesuatu. Tapi jangan terlampau banyak tu gesture atau pergerakan. Nanti diaorang anggap kamu over react. Nervous itu memang normal. Kadang-kadang kamurang akan rasa bibir bergetar, jari tangan kamurang macam bergegar atau suara kamurang tersekat-sekat, ini semua memang normal. Eh..kalau tu bilik terlampau sejuk pun, memang bergegar juga tu badan kamurang. Jadi, pergerakan mata, kepala dan tangan kamu kenalah aktif sedikit supaya hilang tu rasa nervous atau kesejukan. Siaurang dulu kena interview oleh 3 orang panel, memang bergegar lah bibir, jari tangan sama badan. Cara siaurang ialah genggam tu jari tangan dan buat pergerakan jari ke atas peha kamurang. Ataupun gosok tapak tangan kamurang atas peha. Jangan kamurang kasi ketara kalau buat begitu kio. Lontaran suara hendaklah jelas dan kalau kamurang macam tidak berapa dengar soalan tu penemuduga, kamurang boleh minta diaorang ulang soalan. Yang penting body language, jaga tatatertib, mesti sopan dan kamu kelihatan yakin.

Kalau kamurang tidak pasti dengan jawapan kamurang atau tidak berapa tahu, jangan terus cakap tidak tahu. Cuba jawab dengan penuh rendah hati macam “saya mungkin tidak tahu secara menyeluruh mengenai jawapan soalan encik, bagaimanapun, saya adalah individu yang sedia belajar dan saya pasti saya boleh melakukan atau menyelesaikan masalah tersebut kelak apabila saya diberi peluang”. Memang bunyi dia agak janggal dan sedikit mengecewakan, tetapi perlu kamurang ingat, yang menemuduga kamurang itu adalah manusia. Diaorang akan nampak atau nilai respon, body language dan tatacara kamurang menjawab soalan. Dalam masa yang sama juga, buat mental note yang kamu akan study balik apa jawapan kepada soalan tersebut selepas habis temuduga.

Soalan-soalan lazim temuduga?

Sebenarnya, banyak ni soalan temuduga, bergantung kepada itu panel penemuduga jugalah. Biasanya, panel penemuduga akan atau boleh terdiri daripada bos macam CEO, GM, Director, pengurus sesuatu bahagian dan juga wakil bahagian sumber manusia. Ada juga yang hanya melibatkan bos-bos sahaja atau pengurus ataupun wakil sumber manusia. Kebiasaanya, panel penemuduga ini sudah tahu prosedur menemuduga kecualilah diaorang yang main rojak seja. Wakil sumber manusia lazimnya akan greet kamurang, memperkenalkan kamurang mengenai diri panel penemuduga dan akan memulakan soalan seperti berikut:

1.Sila perkenalkan diri anda..

Bagi soalan ini, kamurang janganlah bah kasitau A to Z pasal diri kamu. Diaorang mahu tahu seja nama kamu dan sedikit mengenai latar belakang pendidikan, pengalaman dan kemahiran yang kamurang ada. Bolehlah kamurang jawab macam ni “Nama saya Bunga Tulip, berasal dari Tanah, graduan Kolej Tasik Mawar dalam bidang Pendebungaan, berpengalaman kerja 5 tahun dalam bahagian pentadbiran. Saya mempunyai kemahiran dalam sistem komunikasi bla bla bla….”. Kalau kamurang baru habis study, kasitau seja kamu punya pengetahuan atau apa yang kamurang sudah belajar, tapi janganlah terlalu panjang. Short and clear. Sebenarnya, banyak lagi soalan lain berkisarkan tentang diri kamurang macam apa matlamat kerjaya kamurang, status kamu, tinggal dengan siapa, mana kamu kerja dan banyak lagi. Tapi, kalau itu perkara sudah ada dalam resume, diaorang mungkin mahu menilai cara kamu menjawab soalan.

Lepas seja kena soal ini soalan, kamurang akan disoal lebih lanjut mengenai jawatan yang kamu mohon. Contohnya:

2. Apa yang anda tahu mengenai jawatan ini? 

Untuk soalan ini, kamurang kena jawab dengan mengaitkan kemahiran,pengalaman dan pengetahuan yang kamurang ada. Misalnya, kamu memohon jawatan sebagai pembantu akaun, kasitau seja kamu sudah bekerja dalam ni bidang let say mahu 5 tahun, kamu tahu buat AR dan AP, tahu buat reconciliation dan sudah pastinya kamurang boleh memberikan keputusan yang tepat. Kalau kamurang fresh graduate, bagitahu diaorang yang kamu mempunyai asas pendidikan mengenai bidang tersebut dan kamu adalah seorang yang mudah faham, seorang yang praktikal dan boleh memberikan yang terbaik untuk syarikat. Kunci utama soalan ini adalah untuk mengetahui samada kamurang ada pengetahuan atau pengalaman serta kemahiran yang sesuai dengan tu jawatan yang kamu mohon. Selain itu, diaorang akan tengok keyakinan kamu dan kebolehan kamu menyelesaikan sesuatu masalah mengenai jawatan atau pekerjaan tersebut.

3. Apa yang anda tahu mengenai syarikat ini?

Soalan ini lebih kepada pengetahuan kamurang mengenai tu syarikat, dari misi, visi, objektif, jenis industri, kumpulan pengurusan utama dan kaitan dengan diri kamu. Ingat lagi yang siaurang ada cakap di atas mengenai buat study atau research pasal tu bakal majikan? Itulah jawapan kepada persoalan ini. Kalau kamurang tidak tahu atau tidak pasti sebab kamurang tiada buat research, jawab seja setakat yang kamu nampak masa kamu datang sana tu tempat. Oleh itu, kamurang kenalah buat pemerhatian setibanya di tempat temuduga supaya kamu boleh olah ayat kamu mengenai jawapan kepada soalan ini. Yang penting, kamu yakin dan fokus.

4. Apakah sebab-sebab anda berhenti bekerja?

Soalan ini memang sentiasa kena tanya, terutamanya kalau kamurang jenis yang job hopper atau ada gap dalam pengalaman pekerjaan kamurang. Jangan risau, kamurang mesti yakin dengan diri sendiri dan jawapan kamurang. Ada penemuduga yang lebih suka kamurang bersikap jujur semasa menerangkan sebab-musabab kamurang berhenti kerja dulu misalnya diaorang lebih suka kamaurang kasitau perkara yang benar-benar mendorong kamurang berhenti kerja macam pengurusan tidak bagaus, tidak bayar gaji dan macam-macam. Tetapi ada yang lebih memilih untuk mendengar perkara yang menjurus kepada sikap positif kamurang. Ini sebenarnya akan reflect dengan matlamat kerjaya kamurang. Oleh yang demikian, kamurang explain seja apa yang sudah kamurang belajar di company dulu seterusnya kamurang kaitkan dengan matlamat kerjaya kamurang. Contoh jawapan; “saya sangat berterima kasih dengan pihak majikan masa lalu kerana saya dapat menimba pengalaman dan mempertingkatkan kemahiran. Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa saya perlu memperluaskan lagi kemahiran dan pengetahuan yang saya ada untuk mencapai matlamat kerjaya. Syarikat pihak tuan merupakan satu platform yang terbaik bagi saya”.

5. Kenapa perlu pihak kami menerima anda untuk bekerja di sini? 

Jawpan kepada soalan ini lebih kepada pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang sudah kamurang miliki. Kamurang perlulah meyakinkan panel penemuduga bahwa kamurang merupakan individu yang menepati semua kriteria yang diperlukan oleh bakal majikan. Tidak payah kamurang kasi cerita panjang-panjang. Kalau kamurang tiada pengalaman kerja, kasitau seja karekter kamurang misalnya rajin, boleh bekerja dalam kumpulan, seorang yang kreatif, positif, mampu bekerja lebih masa, berdedikasi dan banyak lagi. Yang penting, keyakinan diri kamurang.

6. Kenapa anda mahu bekerja di sini?

Ini punya soalan pun memang ada. Jawapan soalan ini lebih kepada apa yang kamurang minat atau suka dengan tu bakal majikan dan kasi kait dengan matlamat kerjaya kamurang.

7. Ada apa-apa soalan untuk kami?

Ini biasanya soalan yang menandakan itu interview mahu abis sudah. Tetapi, soalan ini jugalah yang boleh bagi kamurang extra marks sebenarnya. Sebab diaorang mahu tahu sejauh manakah kamu betul-betul mahu itu kerja. Banyak perkara yang kamu boleh tanya, contohnya ada disediakan latihan, apa benefits yang pihak majikan berikan berdasarkan itu jawatan dan juga dalam tempoh dua atau 3 tahun akan datang, apa kemudahan yang ditawarkan oleh tu pihak majikan dan kamurang boleh juga tanya pasal salary tapi dinasihatkan jangan terlalu terburu-buru tanya. Kasi susun dulu pertanyaan kamu, mulakan dengan kelebihan atau kemudahan yang ada pada tu pihak majikaan baru kamurang pigi tanya pasal gaji. Bukan juga salah kalau kamurang tanya terus pasal salary, tapi time di sinilah panel penemuduga akan tengok sama ada kamurang ini betul-betul memerlukan itu kerja. Bagi yang sudah berpengalaman, kamurang boleh juga mengemukakan pandangan atau permintaan misalnya kamurang enda berapa berkenan dengan tu gaji, kamurang boleh demand dengan cara baik. Panel penemuduga semestinya orang yang arif mengenai budget sesuatu jawatan. Diaorang ada tu tahap maksimum gaji dan kemungkinan apa yaang diaorang bagitahu pada masa itu hanyalah jangkaan atau cadangan gaji permulaan atau minimum. Bagaimanapun, siaurang enda nasihatkan kamurang berubah reaksi muka bila kena bagitahu pasal hal gaji dan yang berkaitan adalah P&C. Selalunya, kalau kamurang kena hire, diaorang akan call or hantar email untuk bagitahu. Dan semua perkara termasuklah gaji juga akan diberitahu.

Ada juga pihak majikan yang akan menguji kebolehan anda mengendalikaan sesuatu masalah dalam bentuk praktikal. Contohnya, kamurang memohon jawatan eksekutif akaun, oleh itu, kamu mungkin akan menghadapi ujian bertulis mengenai akaun. Macam yang siaurang cakap dari awal, kamurang kenalah bersedia dengan segala kemungkinan sebelum menghadiri temuduga.

Apa yang perlu dilakukan setelah selesai Job Interview?

Sebelum kamurang keluar dari itu bilik temuduga, kamurang salam diaorang dan ucapkan terima kasih. Lepas tu, kamurang bolehlah kaji balik mengenai soalan-soalan yang kamurang macam enda berapa yakin. Tadi siaurang ada cakap pasal buat mental note kan terhadap soalan yang kamurang enda dapat jawab? Ahhh.. masa inilah kamu study balik. Jangan anggap perkara itu tidak penting wahai kawan-kawan. Ini penting sebab ia boleh membimbing kamurang untuk lebih bersedia dengan temuduga yang akan datang. Di sinilah kamu perlu mengetahui mana kelemahan kamurang, apa yang kamurang perlu perbaiki dan sebagainya.

Kamurang boleh juga follow up itu pihak majikan mengenai status job interview kamurang. Biasanya semasa temuduga, diaorang akan cakap bagi jawapan sama kamurang dalam masa dua minggu begitu, kalau tiada jawapan, maksudnya permohonan kamu tidak berjaya. Jangan putus asa kio.

Dan yang paling penting, berdoalah. Sekiranya kamurang dapat itu kerja, bersyukurlah. Sekiranya tidak, kaji selidik kenapa dan imbas balik apa yang tidak kena dengan jawapan atau attitude kamurang semasa temuduga.

Akhir kata dari siaurang….

Sebenarnya, banyak lagi bah soalan temuduga, tapi siaurang nasihatkan kamurang untuk lebih bersedia menghadapi temuduga. Soalan-soalan yaang susah akan kamurang dapat jawab sekiranya kamurang study atau buat research dulu. Kamurang praktis, baca, selidik dan perbaiki attitude kamurang juga kio. Bukan maksudnya suruh kamurang jadi perfect, siaurang maksudkan, kamurang kenalah tahu sedikit sebanyak tatatertib menghadiri temuduga dan cara mengurangkan itu nervous. Kamurang perlu keep in mind that job interview is a one way of selling yourself. Jadi, promote diri kamurang untuk itu company.

Siaurang ucapkan all the best kepada mereka yang mencari kerja dan di panggil untuk Job Interview. Sentiasa juga ingat, kalau niat kamurang ikhlas untuk bekerja, di mana ada kemahuaan, di situ ada jalan. Best of luck!

 

 

 

0 Comments

Leave a Comment

Advertisement

Kedai Kupi

Latest Message: 1 week, 4 days ago